“Rasa Macam Dapat Anak Pertama Saja Dia Punya Teruja” – Tahniah! Isteri Da’i Farhan Kini H4mil

ISTERI kepada pendakwah bebas Da’i Nik Ahmad Farhan yang dikenali sebagai Dr. Erin berkongsi berita bahawa dirinya kini berbadan dua.

Erin menerusi Instagram memberitahu, pada mulanya dia menyangka rasa mual yang dialami berikutan sedang berpuasa.

Bagaimanapun, dia membuat ujian kehamilan selepas ditegur oleh seorang pekerja stesen minyak.

Erin dan Farhan bakal timang cahaya mata pertama.

“Dah lima tahun tak pernah fikir nak cari benda ini. Tup tup semalam loya-loya munt4h ingat sebab angin berpuasa tapi bila adik petrol pum tegur ‘akak ok ke nampak macam tak ok saja. Ntah-ntah berisi kot, maklumlah memang musim dia’.

“Terus gelabah. Pagi ini pergi cari juga benda ini. Rasa macam dapat anak pertama saja dia punya teruja bila dia bagi dua calit kat situ. Alhamdulillah, rezeki Ramadan dan Covid-10.

“Terima kasih bagi semua kena kuarantin ada kebaikan juga ya. Mungkin terlalu awak untuk menunjuk tapi terlalu teruja lain macam sikit sebab dah lama sangat tak dapat berita ini. Minta maaf tau,” tulisnya.

Pemilik nama Noorainul Naqim Mohd Radzi, 40, itu turut memuat naik foto ujian kehamilan yang menunjukan dua tanda bermaksud hamil.

Mungkin terlalu awak untuk menunjuk tapi terlalu teruja lain macam sikit sebab dah lama sangat tak dapat berita ini.

NOORAINUL NAQIM MOHD RADZI

ISTERI DA’I FARHAN

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan agar urusan wanita itu dipermudahkan.

Sebelum ini, perkahwinan Nik Farhan dan Erin menjadi kontroversi apabila juara program Da’i itu mendedahkan dia sudah menikahi seorang j4nda anak lapan di Makkah pada November tahun lalu.

Pendedahan Nik Farhan itu mengvndang kecam4n netizen apabila pernikahan itu did4kwa berlangsung tanpa pengetahuan isteri pertamanya ketika itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Rasa Macam Dapat Anak Pertama Saja Dia Punya Teruja” – Tahniah! Isteri Da’i Farhan Kini H4mil"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*