[VIDEO] Tak Sangka Gempak Habis Bila PDRM Nyanyi Lagu Special Sempena Ramadhan

Ramadan kali ini berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), segala aktiviti keagamaan hanya boleh dilakukan di rumah sahaja. Tahun ini juga tiada lagi kemeriahan bazar Ramadan untuk dikunjungi demi memutuskan rantaian COVID-19 yang sedang melanda. Susulan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menghasilkan sebuah video lagu khas untuk rakyat Malaysia.

Ubah lirik sempena musim COVID-19

Untuk pengetahuan semua, lagu ini pernah dinyanyikan oleh penyanyi dari Indonesia iaitu Tompi dengan tajuk asalnya ‘Ramadan Datang’. Walau bagaimanpun, versi yang dinyanyikan oleh akak dan abang polis kita kali ini telah pun digubah lirik aslinya. Tujuannya untuk menyampaikan mesej penting kepada seluruh rakyat Malaysia supaya kekal berada di rumah sepanjang Ramadan.

Segak dengan uniform lengkap

Siapa sangka petugas keselamatan negara boleh bermain alat muzik dan menyanyi dengan baik. Dalam video tersebut dapat dilihat ahli pancaragam PDRM masing-masing sangat hebat mengendalikan alat muzik. Bukan itu sahaja, mereka kelihatan sangat segak dan bergaya mengenakan uniform lengkap semasa penghasilan video ini.

Padu, memang terbaik pancaragam PDRM

Dalam lirik lagu tersebut mereka sempat menasihatkan umat Islam supaya melakukan tarawih dan tadarus di rumah sahaja. Rata-rata netizen terhibur dengan muzik video yang dihasilkan. Selain itu, mereka turut memuji pihak PDRM dalam usaha mengingatkan masyarakat mematuhi segala arahan PKP semasa bulan Ramadan ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : Facebook PDRM FA ‘THE COPS’

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "[VIDEO] Tak Sangka Gempak Habis Bila PDRM Nyanyi Lagu Special Sempena Ramadhan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*