Warga Rusia Baru Bers4lin Tiada Duit, Polis Bantu Beli Dan Tukarkan Pampers Bayi

Sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, ‘frontliner’ pasti terjumpa pelbagai golongan yang memerlukan bantuan akibat berhadapan kekangan Covid-19.

Terbaru, dua anggota polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur yang membuat tugasan Ops Covid-19 tampil membantu seorang warganegara Rusia yang telah melahirk4n anak di sebuah hotel di sekitar ibu kota.

Menerusi laman Facebook JSPT KL, beberapa gambar dikongsi yang memaparkan anggota polis itu membantu menukarkan lampin pakai buang yang dibeli sebelum mendukung bayi tersebut

Setelah mengetahui pasangan suami isteri dari Rusia berkenaan tidak mempunyai duit dan tidak mampu lagi membayar bil hotel, anggota polis membawa mereka ke Balai Polis Jalan Tun Razak untuk tindakan selanjutnya.

Difahamkan pasangan itu telah pergi ke Kedutaan Rusia untuk mendapatkan bantuan pulang ke negara mereka tetapi gagal sebaliknya terkandas di negara ini buat sementara waktu.

Tabik semangat kemanusian yang ditunjukkan frontliner’ kita! Sentiasa cuba membantu walaupun sedikit, tetapi amat bermakna bagi mereka yang mengalami kesusahan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : JSPT KL

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Warga Rusia Baru Bers4lin Tiada Duit, Polis Bantu Beli Dan Tukarkan Pampers Bayi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*