“Depan mama saya menangis” – Rezeki Ramadan. Kawan Hanya Taip 2 Perkataan, Pemuda Berjaya Jumpa Bapanya Selepas 22 Tahun Terpisah

Demikian kata Slash Zuindra Abdullah, 25, apabila penantiannya selama 22 tahun berakhir pada Khamis.

Menerusi laporan mStar pada Rabu, dia yang mesra disapa Slash membuat hebahan di Twitter mengenai kisahnya yang terpisah dengan bapa kandung sejak berusia tiga tahun.

Dalam perkembangan terbaharu, Slash memaklumkan telah menemui Facebook bapanya, Haizal Mohd Isa, 49, selepas kisah pencariannya itu tular di media sosial.

Dia kemudiannya berjaya mendapatkan nombor telefon dan berhubung dengan bapanya yang kini berada di Perak.

“Awalnya kawan saya jumpa Facebook ayah lepas saya cakap panggilan ayah ialah AXL. Kawan saya taip ‘Haizal AXL’ dan jumpa Facebook miliknya, dia maklumkan pada saya.

Posting pencarian bapa Slash yang tular di Twitter.

“Di profile Facebook ayah ada nombor telefon. Mula-mula (panggilan) saya dengar suara ayah cakap hello, saya dah sebak. Jatuh air mata jant4n.

“Depan mama saya menangis masa call ayah. Lepas tu ayah tanya, sihat tak, kerja ke sekarang?

“Ayah dah berkeluarga sekarang. Ada anak kecil dua orang,” ujar Slash sewaktu dihubungi.

Memang niat dah. Kalau dah jumpa dia dalam social media ke, nak jumpa dia berdepan. Nak pelvk dia. Rindu sangat.

SLASH ZUINDRA

ANAK

Dalam perbualan telefon selama hampir sejam itu, bapa Slash ada memaklumkan punca dia pergi membawa diri, 22 tahun lalu.

Kata Slash, bapanya mahu membawa diri dan berubah ke arah yang lebih baik.

Bercerita mengenai perancangannya, Slash mengakui ada merancang untuk berjumpa dengan bapanya selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

“Memang niat dah. Kalau dah jumpa dia dalam social media ke, nak jumpa dia berdepan. Nak peluk dia. Rindu sangat.

Slash sewaktu berbual menerusi panggilan telefon dengan bapanya pada Khamis.

“Magicnya viral ni, tak disangka. Saya kagum dengan bantuan warganet, terutama warga Twitter yang ramai-ramai bantu retweet, share posting saya, yang tak kenal pun mesej minta detail ayah. Saya memang tak sangka.

“Terima kasih especially juga mama, nenek yang sama-sama bantu saya dalam usaha nak menjejak ayah,” ujar pemuda yang menetap di Bangi, Selangpor itu.

Mesej perbualan Slash dengan bapanya.

Menerusi laporan sebelum ini, Slash menggunakan platform Twitter untuk mencari bapanya sehingga posting itu menjadi tular.

Dedah Slash, bapa dan ibunya berpisah sewaktu dia berumur tiga tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Depan mama saya menangis” – Rezeki Ramadan. Kawan Hanya Taip 2 Perkataan, Pemuda Berjaya Jumpa Bapanya Selepas 22 Tahun Terpisah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*