“HARAMK4N utk team kami bawa Handphone dan Kamera..” – Syarat Ustaz Abu Syafiq Nak Buat Sumbangan Supaya Tak Menunjuk

Nampaknya kontroversi semasa ustaz ni memang benar-benar jadi satu isu serius apabila aktivi memberikan sumbangan menjadi pertikaian rakan pendakwahnnya sendiri di media sosial.

Disebabkan itu, Ustaz Ebit Lew (UEL) ada buat pengumuman yang mendatangkan rasa sedih terhadap majoriti rakyat Malaysia dimana dia berhenti daripada membuat sumbangan itu atas dasar nasihat pihak polis berikutan dengan aduan segelintir pihak yang ‘tak senang’ dengan aktiviti amal itu.

Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat membantu semua yang dalam kesusahan” – UEL

 

View this post on Instagram

 

Menangis dari tadi. Cuma nak menangis pada Allah. Entahlah. Tersandar rasa. Rasa penat sangat. Walau saya ada kebenaran untuk memberi bantuan. Dari tengah malam semalam saya dihubungi untuk ke Cawangan Khas Bukit Aman. Terus ke sana hari ini untuk mendapatkan dan memberi penjelasan terutama kes viral beberapa hari lalu kerana ada aduan. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat membantu semua yang dalam kesusahan. Mereka semua baik-baik melayan saya dengan sangat baik. Terima kasih sangat. Cuma sayalah terasa sedih sangat. . Andai saya menyusahkan sesiapa saya minta maaf. Saya memang tak boleh tengok orang tidur atas najis atau tepi jalan. Lebih seratus orang dah saya bayar penginapan dan tempat tinggal. Cuma beberapa kes tu saya kongsikan dengan kawan di media fb saya. Saya pun tak niat nak viral apa ke.Ramai anak-anak susah terbiar tahfiz saya bayarkan yuran mereka. Perniagaan saya sebenarnya sangat baik. Syukur pada Allah. Rezeki melimpah ruah. Saya belanja duit saya sendiri dari dulu lagi untuk bantu orang dimana-mana. Masa pkp ini dah berjuta habis. Duit simpanan saya sendiri dah sejuta ringgit saya belanjakan. Sekarang ramai juga mula bersama saya dalam kerja membantu dan menyelamatkan mereka yang dalam kesusahan termasuk frontliner. . Saya minta maaf. Saya memang jadikan media ini medan berkongsi rasa kasih sayang dengan semua. Tadi menangis saya beri keterangan pada beberapa pegawai sebab penat kot. Serius penat sangat. Saya tak salahkan sesiapa. Saya bukan ahli politik. Saya bukan sesiapa. Cuma cina Islam yang sayangkan Islam dan Negara Malaysia. . Saya minta maaf pada semua yer. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat pada semua secara langsung. Saya cuma akan transfer duit pada orang susah. Saya teruskan dari rumah sahaja. Jangan tag saya lagi kes orang susah. Nanti habis PKP baru saya cuba bantu. Saya cuma nak peluk anak saya. Saya nak peluk bidadari saya. Selamat Ramadhan pada semua. Jika ini harga perlu dibayar setelah semua ini saya reda. Saya minta maaf pada semua ye. Saya salah. Kepada Allah saya berserah. Ya Allah aku adukan sedih aku, susah aku hanya kepada Engkau.

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Dalam masa yang sama, antara ustaz yang dikhabarkan lantang di media sosial mempertikaikan tindakan UEL, Ustaz Abu Syafiq juga ada muat naik perkongsian di Instagram bahawa dirinya juga ada membuat sumbangan cuma tak menunjuk je

Prinsip kami tidak tangk4p gambar ketika menyumbang pada fakir miskin.” – Ustaz Abu Syafiq

Malah siap ada kongsikan lagi syarat-syarat kepada team dia supaya tidak memuat naik sebarang status, merakam atau tayang di media sosial terhadap aktiviti itu. Kononnya tak nak menunjuk, andaikata ada antara mereka yang buat dia akan….

Siapa bawak atau tangk4p gambar or video maka saya akan pec4hkan terus”

Katanya, hanya gambar barang sahaja boleh dirakam untuk simpanan data dan ia perlu dilakukan sebelum bertolak.

Dia juga haramkan teamnya memuat naik status yang nampak seolah-olah mengaibkan atau memalukan penerima.

 

View this post on Instagram

 

PROJEK SEDEKAH RAMADHAN PECAH KAMERA. 1- Alhamdulillah team kecil saya sempat diskas online baru tadi dan kami sepakat 200% setuju utk Ramadhan kali ini membuat projek sumbangan seperti Ramadhan yg lepas2. 2- Tapi kali ini sangat berlainan. Kami HARAMKAN utk team kami bawa HandPhone dan Kamera. Siapa bawak atau tangkap gambar or video maka saya akan pecahkan terus atau bagi pada keluarga fakir miskin. 3- Hanya gambar barang sahaja dibenarkan diSnap untuk simpanan data team ini SEBELUM bertolak. Resit penerimaan sumbangan akan ditanda tangani oleh penerima. No camera No HP! 4- DiHARAMkan juga buat team kami memuat status yang nampak seolah-olah mengaibkan atau memalukan penerima bahkan TIADA lagi status detail dimuatkan dilaman sosial. Hanya simpanan utk data bagi diserahkan bukti Projek Ramadhan ini kepada para penyumbang dan kemas kini akaun. 5- Team kami tidak akan kumpul duit orang ramai untuk digunakan dalam Projek ini. Sesiapa nak sertai boleh terus join saya tanpa was-was dan bawalah barang atau apa sumbangan yg hendak diberikan. Jom join Team saya dalam Projek Sedekah Ramadhan Pecah Kamera ini. www.instagram.com/ustazabusyafiq 0192713781

A post shared by Ustaz Abu Syafiq (@ustazabusyafiq) on

itu namanya juga tak henti-henti menjadi pertikaian netizen di Twitter. Namun begitu, tak lama selepas pengumuman itu telah di buat, Berita Harian ada melap0rkan bahawa UEL dibenarkan untuk teruskan aktiviti amal.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : LM

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“HARAMK4N utk team kami bawa Handphone dan Kamera..” – Syarat Ustaz Abu Syafiq Nak Buat Sumbangan Supaya Tak Menunjuk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*