“Ada Hlkmah Disebalik Muslbah” Akhlrnya Azan Dibenarkan Berkumandang Secara Terbuka Di K0ta Parma, Itali

Siapa yang tidak kenal dengan negara Itali yang sebelum ini merupakan negara ke-2 yang mempunyai angka besar dalam penularan wabak Covid-19, selepas China dahulu.

Kini Itali mencatatkan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 adalah 199,414 kes dengan jumlah kematian sebanyak 26,977 kes, lapor worldometer.

Negara ini merupakan top 3 negara yang teruk terkesan dengan penularan wabak Covid-19.

Laungan Azan

Baru-baru ini, viral di sosial media laungan azan berkumandang secara terbuka di kota Parma, Itali membuat hati orang yang beragama Islam tersentuh.


Difahamkan, laungan azan itu menandakan bermulanya bulan Ramadan dan program itu dibuat di perkarangan Ibu Pejabat Komuniti Islam Parma dan Wilayah Campanini.

Majlis itu dilaksanakan sesuai dengan protokol yang betul, apa yang menarik majlis tersebut dihadiri oleh Datuk Bandar Parma, Federico Pizzarotti,

Ianya sekali gus merupakan saat bermuhasabah bagi masyarakat kota tersebut.

Selepas menghadapi kesukaran, akhirnya rakyat Itali buka mata pada agama Islam.

Islam dan Itali

Menerusi Washington post, pernah dahulu Islam dianggap tidak wujud di Itali, walaupun Islam ketika itu merupakan agama kedua terbesar tapi mereka masih mengabaikannya.

Hal demikian menyebabkan masjid tidak dapat dana awam, perkahwinan islam tidak mempunyai nilai sah, dan pekerja yang beragama islam tidak dibenarkan mengambil cuti untuk cuti keagamaan.

Selepas penularan wabak virus ini, perlahan-lahan mereka cuba menerima bangsa yang beragama Islam di Itali.

Alhamdulillah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Semoga wabak virus ini akan hapus dari muka bumi ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : lobak merah

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Ada Hlkmah Disebalik Muslbah” Akhlrnya Azan Dibenarkan Berkumandang Secara Terbuka Di K0ta Parma, Itali"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*