“Hujan pun kita redah…” – Dr. Sheikh Muszaphar Akui Bukan Kerja Mudah Jadi ‘Rider’

Setiap pekerjaan pasti mempunyai risikonya tersendiri, lebih-lebih lagi yang bertugas dalam perkhidmatan penghantaran dimana masa mereka banyak berada di atas jalan raya.

Turut berada situasi yang sama, Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, yang kini mula berkecimpung menjadi ‘rider’ penghantar makanan di restoran miliknya bersama Chef Ismail, Restoran Rebung, berkongsi pengalamannya.

Bukan senang jadi ‘rider’ ni

Menurut perkongsiannya di Facebook, memang tidak dapat dinafikan bekerja sebagai penghantar makanan ini memerlukan pengorbanan dan jiwa yang kental untuk berhadapan risik0 keselamatan demi menyelesaikan tugas.

“Menjadi rider bukannya mudah, semuanya tidak endah. Hujan tetap redah. Walaupun dirinya basah agar customer dapat menjamah…”

“Itulah pengorbanan pasrah untuk mencari rezeki sah, bukannya mudah tak kira penat lelah. Tak peduli hujan rebas. Tapi itulah hakikat…”

Ukir senyuman & ucap terima kasih pun sudah cukup

Tambahnya lagi, kadang-kadang beliau kesal melihat apabila terdapat segelintir pelanggan hanya mengambil sikap sambil lewa terhadap penghantar makanan.

Baginya, sekurang-kurang bagi layanan baik dan menghargai usaha mereka walaupun dengan hanya mengukir senyuman dan ucapan terima kasih.

“Layanlah mereka dengan baik, berikan sedikit extra tip pun sudah kira bonus pada mereka. Malahan ukiran senyuman dan ucap terima kasih pun sudah cukup membantu…”

Meskipun memegang gelaran angkasawan negara, bangga melihat apabila Dr. Sheikh Muzaphar tidak segan atau malu untuk bekerja dalam penghantaran makanan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Hujan pun kita redah…” – Dr. Sheikh Muszaphar Akui Bukan Kerja Mudah Jadi ‘Rider’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*