Ijoy Gian Main Golf, Sharifah Shahirah Jadi Caddy Vide0 Suami Isteri Ini Memang Menghiburkan

Bila suami dan isteri sentiasa sabar dengan karenah masing-masing, pastinya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung ketika ini menjadi lebih menyeronokkan.

Selain dapat menghabiskan masa terbaik dengan keluarga, suami isteri juga dapat mengeratkan lagi ikatan kasih sayang sesama mereka.

Itulah yang terjadi kepada pasangan Ijoy Azahari dan Sharifah Shahirah yang sering berkongsi kisah bahagia di sosial media.

Ijoy yang sememangnya gemar bermain golf pastinya ingin melepaskan ‘gian’ dan Shiera turut mengikut kehendak suami tersayang.

Dalam satu video pendek yang dikongsikan di Instagram milik Shiera, dia belajar menjadi ‘caddy’ dalam situasi sebenar.

Video tersebut memaparkan Ijoy bermain golf di halaman rumah mereka dan Shiera menjadi pembantu kepada suaminya itu.

“Laki bini pun bodo. @ejoyazari Oooo baru tau. Cari bola golf kena jalan.

“Jalan.. Jalan dengan caddy. Lepas PKP jangan terkejut I pandai main golf,” seloroh Shiera yang mendapat pelbagai komen daripada teman selebriti.

Sharifah Shahirah yang merupakan pelakon, pengacara dan penyampai radio berkahwin dengan Ijoy Azhari atau nama sebenarnya Zulkifli Azahari yang juga merupakan seorang pelakon pada tahun 2003.


Pasangan tersebut dikurniakan dengan empat orang cahaya mata iaitu Airell, Airra, Auddra dan Adeena.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber :Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Ijoy Gian Main Golf, Sharifah Shahirah Jadi Caddy Vide0 Suami Isteri Ini Memang Menghiburkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*