Pos Malaysia Tawar Pekerjaan Ketika PKP, Komisen Sehingga RM6000

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), boleh dikatakan ramai yang membuat pembelian melalui online kerana tidak boleh lagi keluar untuk ke pusat membeli belah.

Pasti ramai tahu baru-baru ini tular mengenai perningkatan mendadak permintaan menghantar bungkusan (parcel) sepanjang PKP. Difahamkan Pos Laju menerima sehiggga 770,000 parcel dalam sehari.

Nampaknya, ini tentunya berita baik buat mereka yang hilang pekerjaan ataupun buat mereka yang mahu menjana pendapatan dimana Pos Malaysia Berhad menawarkan pekerjaan sebagai rider mereka.

Pos Malaysia berkata pihaknya memerlukan ‘pos rider’ atau ejen sepenuh masa untuk serahan item Pos Laju di seluruh negara dengan menawarkan komisyen sehingga RM6,000.

Peluang ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas. Selain itu anda juga perlu mempunyai van (komersial) berpanel penuh atas nama sendiri ataupun syarikat anda.

Pemohon juga perlu memiliki lesen memandu penuh GDL dan telefon pintar. Bagaimanapun, peluang ini terbuka kepada mereka yang berada di kawasan-kawasan yang disenarikan di dalam poster di atas.

Mereka yang berminat boleh menghantar permohonan menerusi emel posrider2@pos.com.my

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : gulapop

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Pos Malaysia Tawar Pekerjaan Ketika PKP, Komisen Sehingga RM6000"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*