“Ramai Yang Jadi Imam Terawih Secara Ikhlas Tahun Ni, Dari Rakaat 1 Sampai 8 Semuanya Surah Al-Ikhlas” Gara-Gara Ini Fizo Omar Disindlr Warg@net

Pelakon Fizo Omar baru-baru ini memuat naik status di laman sosial Instagram (IG)nyta, berseloroh tentang ‘imam ikhlas’.

Fizo telah berkongsi paparan skrin ciapan Twitternya di IG yang bertulis, “Ramai yg jadi imam terawih secara ikhlas pada tahun ni…Dari rakaat 1 sampai 8 semuanya surah Al-Ikhlas…Ikhlas sangat kan!”

Pada ruangan kapsyen Fizo meminta pula para pengikutnya meletakkan tanda nama pasangan masing-masing.

“Cer tag dekat imam al-Ikhlas korang,” tulisnya.

Di laman sosial Twitter, gurauan Fizo mungkin boleh diterima para pengikutnya namun berbeza pula dengan reaksi followers di IG.

Mereka menganggap gurauan Fizo itu tidak menjadi dan perkara melibatkan ayat suci al-Quran bukan untuk dijadikan bahan lawak.

Ada juga warganet yang menerangkan kepada Fizo tentang fadilat membaca surah tersebut dalam solat.

Tidak kurang juga yang memerli Fizo pada ruangan komen.

“At least dapat imamkan ISTERI & ANAK-ANAK. Tak semua orang dapaat peluang ni kan?” tulis pengguna laman sosial @therealmrnsem sambil meninggalkan emoji kenyit mata.

Bagaimanapun seorang pengikut IG yang menggunakan nama @ainrazali_92 meninggalkan komen lebih berhemah kepada Fizo.

“Saja je Fizo ni nak buat lawak. Haha…Tapi sebenarnya Al-Ikhlas banyak manfaatnya. Takpelah walau Al-Ikhlas, Allah tengk usaha,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

Cer tag dkat imam al ikhlas korang!

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber :Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Ramai Yang Jadi Imam Terawih Secara Ikhlas Tahun Ni, Dari Rakaat 1 Sampai 8 Semuanya Surah Al-Ikhlas” Gara-Gara Ini Fizo Omar Disindlr Warg@net"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*