Tanpa Bayaran, Alr Mata Neelofa ‘Lariskan’ K0lab0rasi Lagu Alif Satar Dan Raihan

Seperti tahun lalu, lagu Sesungguhnya 2019 yang dinyanyikan semula dengan diberi nafas baru oleh Alif Satar dan Raihan menjadi fenomena.

Kali ini, Alif dan Raihan sekali lagi membuat kolaborasi dengan lagu Damba CintaMu yang juga lagu daripada kumpulan nasyid popular itu.

Langsung tak minta bayaran

Apa yang menariknya kali ini adalah penampilan khas pelakon dan juga usahawan cantik, Neelofa dalam MV lagu tersebut yang tenang memakai telekung sambil menitiskan air mata diatas sejadah.

menurut Alif dalam Harian Metro, Neelofa melakukan itu semua dengan percuma tanpa menerima sebarang bayaran daripada syarikatnya.

“Dia buat secara percuma. Saya pun tak tahu macam mana Lofa boleh setuju. Saya sangat berbesar hati dan gembira. Semasa menawarkan tugas itu, saya tanya berapa bayaran tapi dia cakap tak perlu. Buat dan rakam saja.”

Tertarik dengan gambar Lofa menangis di Arafah

Menurut Alif lagi, dia bercadang memilih Neelofa dalam MV lagu tersebut kerana tertarik dengan gambar pelakon tersebut yang viral ketika menangis semasa menunaikan Haji tahun lalu.

“Kalau imbas semula tahun lalu semasa Lofa buat Haji, ada gambar dia berdoa menangis di Arafah di tengah hujan.”

Tambah Alif, sepatutnya dalam MV tersebut turut menampilkan Raihan dan juga dirinya, namun perkara tersebut tidak dapat diselesaikan kerana Perintah Kawalan Pergerakan sudah bermula.

“Kalau ikutkan saya dan Raihan patut ada juga dalam video, tapi disebabkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ketika ini, akhirnya Lofa seorang saja.”

Lebih 300,000 tontonan kurang 24 jam

Sejak dimuat naik ke saluran YouTube semalam, lagu Damba CintaMu telah pun berjaya mengumpul 300,000 tontonan walaupun tidak sampai 24 jam tayangan.

Terdahulu, Alif dan Neelofa pernah bergandingan dalam drama Red Velvet sekitar tahun 2017. Manakala Alif turut pernah membuat projek lagu bersama Raihan dengan merakamkan semula lagu Sesungguhnya 2019 pada bulan Ramadan tahun lepas.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : Alif Satar, Harian Metro

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Tanpa Bayaran, Alr Mata Neelofa ‘Lariskan’ K0lab0rasi Lagu Alif Satar Dan Raihan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*