Berita Gembira Dari Tanah Suci! Masjidil Haram Dan Masjid Nabawi Dibuka Tidak Lama Lagi

Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman As-Sudais mengumumkan bahawa dua masjid suci umat Islam iaitu Masjidil Haram dan Masjid Nabawi akan dibuka tidak lama lagi.

Khabar gembira itu dikongsi melalui laman Instagram Haramain yang memaklumkan bahawa aktiviti ibadah akan berjalan seperti biasa selepas wabak Covid-19 dapat ditangani.

 

View this post on Instagram

 

LATEST UPDATE: 29TH APRIL 2020 – 6TH RAMADHAN 1441

A post shared by 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶𝗻 (@haramain_info) on

“Saya membawa berita gembira kepada umat Islam dimana keadaan akan kembali seperti biasa di dua masjid suci tidak lama lagi. Ia akan dibuka untuk Tawaaf dan solat serta ziarah kepada junjung4n besar Nabi Muhammad SAW.
“Berikutan perkara ini, kita tidak akan tergesa-gesa bagi membuka dua masjid suci kerana semua langkah diambil adalah untuk kebaikan kita,” katanya.

Imam Besar Masjidil Haram itu turut memohon semua umat Islam agar mendoakan supaya situasi pandemik global ini dapat berakhir dengan segera.

“Sekali lagi, kami menyeru umat Islam berdoa melawan pandemik ini, berdoa untuk pemimpin kami (penjaga dua masjid suci) dan menerima apa dilakukan ini adalah terbaik. Semoga Allah melindungi mereka,” ujarnya.

Terdahulu, Arab Saudi menggantvng solat Terawih di kedua-dua masjid suci di Makkah dan Madinah bagi mengek4ng penularan wabak tersebut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : Haramain

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Berita Gembira Dari Tanah Suci! Masjidil Haram Dan Masjid Nabawi Dibuka Tidak Lama Lagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*