Solat Walaupun Hidup Di Bawah Tangga, Lelaki Jadikan Zikir Peneman Lalui Ujian Tuhan

Manusia kini bukan sahaja diuji dengan wabak penyakit, malah di waktu genting ini terdapat segelintir daripada kita diduga pula dengan masalah kewangan berikutan sudah tidak dapat lagi keluar bekerja.

Begitulah juga satu perkongsian di Facebook, mengenai seorang lelaki dikenali sebagai Herman, terpaksa hidup merempat setelah hilang punca pendapatan dan tidak dapat membayar sewa rumah.

Solat di bawah tangga

Menurut perkongsian di Facebook, PakTeh Bukhari MIM, Herman ditemui ketika itu sedang solat di bawah tangga di dalam sebuah banggunan lama.

Difahamkan, bawah tangga itulah kini tempat tinggalnya sekarang.Herman berasal dari Sabah, datang ke Pulau Pinang bekerja sebagai pembantu tukang masak di sebuah restoran

Hilang punca rezeki

Kesan daripada perlaksanaan PKP, restoran tempatnya bekerja terpaksa ditutup, membuatkan dia hilang punca pendapatan dan terpaksa keluar daripada rumah sewa.

Zikir jadi peneman hadapi ujian Allah

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah sebuah tasbih digital dengan tertera jumlah ‘9504’, menandakan itulah jumlah zikir yang dibaca Herman, menggambarkan ketakwaannya kepada Tuhan.

Begitu besar hikmah berzikir, menandakan pengharapan kita kepada yang Maha Esa. Ternyata, cara untuk kekal tabah dan sabar salah satunya dengan berzikir. Nampak mudah, tapi impaknya besar buat sesiapa yang mengamalkan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : PakTeh Bukhari MIM

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Solat Walaupun Hidup Di Bawah Tangga, Lelaki Jadikan Zikir Peneman Lalui Ujian Tuhan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*