Faham Manusia Boleh Rawat, Ibu Kucing Bawa Anak S4kit Ke Hospital

Kakitangan sebuah hospital di Istanbul, Turki tidak menyangka kehadiran seekor ibu kucing membawa anaknya yang sakit masuk ke dalam bilik kecemas4n.

Anak kucing itu kelihatan dalam keadaan lemah sambil dibawa ibunya dengan menggunakan mulut sebelum didatangi beberapa kakitangan hospital untuk memberikan bantuan perubatan.

Ketika diperiksa, ibu kucing itu tidak meninggalkan doktor dan jururawat berkenaan sebaliknya duduk dan fokus ‘mendengar’ serta memerhati dengan harapan anaknya kembali sembuh.

Sementara dijaga, ibu dan anak kucing berkenaan diberi susu dan makanan sebelum dibawa oleh kakitangan hospital ke klinik haiwan bagi mendapat rawatan selanjutnya.

Kisah penuh kasih sayang itu dikongsi seorang petugas hospital, Merve Ozcan di laman Twitter miliknya sehingga meraih lebih 80,000 tanda suka dan 3,700 perkongsian sebelum menjadi tular di media sosial pelbagai negara.

Rata-rata warganet memuji kecerdikan haiwan tersebut selain terharu melihat ibu kucing yang mempunyai kasih sayang terhadap anak berbanding segelintir manusia yang sangup membuang bayi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : Merve Ozcan

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Faham Manusia Boleh Rawat, Ibu Kucing Bawa Anak S4kit Ke Hospital"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*