Jasmine Suraya Nekad Mahu Berpuasa Sebulan

Selain Dr Soo Wincci, pelakon Jasmine Suraya Chin turut mengambil keputusan untuk cuba berpuasa pada Ramadan kali ini meskipun bukan beragama Islam. Jasmine berkata dia seronok berpuasa dan paling teruja menunggu untuk berbuka.

Menurut Jasmine, dia tidak sangka banyak perkara baik dengan berpuasa. Malah, Jasmine mengakui dia merasakan tubuhnya juga sangat bersih kerana berpuasa dapat menyingkirk4n t0ksin.

“Berpuasa ibarat detoks buat saya. Ini disebabkan, setiap kali memasak, tiba-tiba kesungguhan itu datang lebih kuat. Sewaktu puasa, saya mengidam banyak makanan untuk dimasak membuatkan perasaan itu lebih seronok. Paling mengujakan apabila tunggu masa hendak berbuka puasa.

“Saya juga rasa badan sangat bersih dan tak pernah terfikir beginilah perasaan berpuasa. Selepas melakukannya sendiri, puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga,” katanya kepada Harian Metro.

Jasmine mengakui Ramadan tahun ini sangat berbeza dan sangat rindu untuk berbuka puasa di luar bersama rakan-rakannya. Jasmine berkata biasanya dia akan memasak sendiri juadah sahur dan berbuka.

“Ramadan tahun ini sememangnya sangat berbeza untuk kita semua. Biasanya saya akan masak sendiri juadah sahur dan berbuka, tapi ada masa pesan makanan dari luar juga.

“Rindu sebenarnya berbuka puasa di luar bersama kawan-kawan. Apatah lagi, banyak juadah yang saya tiba-tiba teringin nak makan namun reda saja dengan situasi yang kita hadapi sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, Jasmine nekad dan akan mencabar dirinya untuk cuba berpuasa penuh sehingga hujung Ramadan ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Jasmine Suraya Nekad Mahu Berpuasa Sebulan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*