“Mata Mak Semakin Kabur, Kerap Menangis Selepas Arw4h Pergi”

Ramadan tahun ini pasti berbeza buat keluarga Ali Puteh tanpa kehadiran abangnya, Allahyarham Abam Bocey. Berkongsikan keadaan ibunya, Sabariah Arshad, Ali berkata ibunya teringatkan Abam setiap kali hendak berbuka puasa.

Menurut Ali, ibunya pasti akan termenung ketika berbuka puasa. Ali berkata bukan sahaja ibunya, malah mereka sekeluarga turut merindui dan terbayangkan arwah ada bersama apabila waktu berbuka.

“Setiap kali hendak berbuka puasa, emak mesti termenung. Bukan emak sahaja, kami sekeluarga rindu kehadiran arwah terutama pada bulan Ramadan

“Namun, semua tinggal kenangan. Tahun ini, memang terasa janggal kerana kurang seorang dalam anggota keluarga kami. Apabila tiba waktu berbuka puasa, bagaikan terbayang arw4h ada bersama.

“Melihat emak yang sentiasa termenung, lagilah sedih. Apa yang boleh saya katakan kepada emak hanyalah meminta dia mendoakan kesejahteraan arwah dan reda dengan apa yang berlaku,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Ali memberitahu kesihatan ibunya semakin meros0t semenjak Allahyarham abangnya pergi. Malah, penglihatan ibunya semakin kabur mungkin kerana kerap menangis kerana rindukan Abam.

“Sebelum ini, emak ada masalah kaki sehingga terpaksa dibedah. Sekarang, penyakit lamanya datang kembali. Kaki menjadi bengk4k sehingga terpaksa duduk di kerusi roda setiap masa.

“Penglihatan emak juga semakin kabur akib4t ker0sakan kornea. Mungkin ini berpunca apabila dia kerap menangis selepas pemergian arw4h.

“Sebelum ini, arw4h kerap membawanya ke hospital untuk rawatan mata. Insya-Allah selepas arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat, saya akan membawa emak berjumpa doktor,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: BH Online

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Mata Mak Semakin Kabur, Kerap Menangis Selepas Arw4h Pergi”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*