“Jangan Dend4m Dengan Mvsuh, Sebvruk-Bvruk Orang Ada Kebaikan Dia”

Meskipun berdepan dugaan apabila sumbangannya dipertikaikan segelintir pihak, namun ia tidak mematahkan semangat pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew untuk terus berbakti menghulurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan dan mereka yang memerlukan.

Baru-baru ini, Ustaz Ebit Lew sempat mengadakan Instagram Live bersama Zizan Razak. Antara topik yang dibincangkan adalah berkenaan sedekah pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menjadi isu semasa.

Menerusi siaran itu, Zizan bertanyakan mengenai cara membantu orang kurang bernasib baik dengan bersedekah Ustaz Ebit.

Penceramah bebas itu berpendapat seseorang individu yang dikenali dan mempunyai pengikut ramai di media sosial perlu perlu melakukan sedekah secara terang-terangan supaya menjadi contoh kepada orang lain.

“Sedekah ada dua jenis, terang dan sembunyi. Dalam hadis nabi ada sebut, kedua-duanya baik. Ada waktunya buat kita bersedekah secara terang dan ada waktu secara sembunyi. Kedua-duanya baik. Dalam Al-Quran ada menyebut mengenainya.

“Dalam hadis Nabi sendiri ada menyebut “Barang siapa mulakan kebaikan dan orang lain mengikutnya akan dapat pahala”. Apabila kita mula berikan sedekah, insyaallah Allah tambahkan. Allah janji siapa sedekah Allah tambah,” katanya.


Dalam pada itu, Ustaz Ebit turut menasihati orang ramai untuk teruskan berbuat kebaikan, membantu mereka yang memerlukan dan jadikan contoh kepada masyarakat.

Malah, Ustaz Ebit turut memberi pesanan agar dibuang perasaan cemburu atau dend4m dengan mvsuh kerana setiap manusia ada kebaikan yang tidak dapat kita lihat.

“Jangan ada sifat cemburu, dend4m dengan mvsuh. Sebvruk-bvruk orang ada kebaikan dia. Bila kita maafkan orang hati tenang.

“Buat kebaikan mungkin awal-awal ada perasaan riak tapi lama-lama akan wujud keikhlasan. Yang penting sentiasa buat amal jariah, sedekah, mudahkan urusan orang lain dan sebarkan dakwah secara berterusan. Allah sayang kita semua.

Diakhir siaran langsung itu, Ustaz Ebit membacakan doa kesejahteraan buat ibu bapa, isteri dan anak-anak. Begitu juga doa untuk setiap orang miskin dan anak yatim agar dipermudahkan urusan mereka serta diampunkan d0sa-d0sa.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Oh Bulan

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Jangan Dend4m Dengan Mvsuh, Sebvruk-Bvruk Orang Ada Kebaikan Dia”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*