Lambaian PDRM Iringi Pelajar Universiti Pulang Bikin Mahasiswi Sebak

Menerusi laporan berita RTM, Pergerakan pulang pelajar yang terkandas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke rumah masing-masing telah bermula sejak 27 April 2020 secara berperingkat

Namun, Datuk Seri Ismail Sabri menjelaskan, pelajar-pelajar ini hanya dibenarkan pulang ke rumah keluarga terdekat yang berada di zon hijau sahaja. Jika rumah keluarga tergolongan dalam zon merah dan PKPD, mereka ini tidak dibenarkan pulang

“Sebak weh diorang lambai macam ni…”

Di Twitter, seorang mahasiswi berkongsikan detik-detik pemergian dari kolej pulang ke rumah dengan pengangkutan yang telah disediakan oleh kerajaan.

Momen menjadi bertambah sebak apabila dia melihat anggota polis yang bertugas mengawal pelajar-pelajar ASWARA pulang melambai-lambai ke arah mereka yang berlepas ke destinasi masing-masing.

Terima kasih kembali…

Perkongsian video berkenaan kemudiannya diberi maklum balas oleh wakil PDRM melalui rasmi Twitter mereka. Jelas PDRM, itu sememangnya menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan keselamatan orang ramai dalam keadaan terbaik.

Menjadi para barisan hadapan negara bukan sesuatu perkara yang mudah. Oleh itu, masyarakat disarankan untuk sentiasa menghormati pekerjaan mereka dan mendengar segala arahan yang telah diberikan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Twitter

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Lambaian PDRM Iringi Pelajar Universiti Pulang Bikin Mahasiswi Sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*