Ramai Terpesona, Wajah Mak Dan Anak Gadis Sama Cantik Bikin Teruja

Kemana tumpahnya kuah kalau tidak nasi adalah antara ungkapan yang melambangkan sifat ataupun keperibadian ibu atau bapa yang diwarisi oleh anak mereka. Raut wajah, perilaku malah keperibadian seseorang itu pastinya diperolehi daripada ibu bapa mereka sendiri.

Seakan-akan menjadi trend di Twitter, para pengguna laman berkenaan akan memuat naik gambar bersama-sama ibu atau bapa mereka. Hal ini turut dilakukan oleh seorang gadis yang dikenali sebagai Adrianaa dan sekaligus meraih perhatian ramai setelah memaparkan wajah jelita ibunya.

Ibu dan anak sama-sama cantik!

Gadis ini telah memuat naik sekeping foto ibu dan dirinya sendiri berserta kasyen “The mother the daughter”. Tanpa disangka-sangka wajah ibu dan anak ini menjadi bualan hangat apabila kecantikan mereka menjadi pujian ibarat sama cantik sama padan.

Kepingan foto ini kemudiannya meraih hampir 7,5000 ulang kicau dan 46,400 tanda suka oleh netizen

Kecantikan ibu anak jadi bualan ramai!

Jadi, tidak hairanlah jika ruangan komen penuh dengan kata-kata pujian terhadap kecantikan yang dimiliki oleh ibu dan juga gadis berkenaan.

Mak dengan anak sama cantik!

Ramai juga tanya rahsia awet muda emaknya…

Kecantikan ibu dan anak ini sememangnya diakui, jadi tidak hairanlah mereka ini menjadi perhatian dan mempersonakan ramai pihak.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Twitter.

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Ramai Terpesona, Wajah Mak Dan Anak Gadis Sama Cantik Bikin Teruja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*