“Kalau Tak Lari Kenapa Bl0ck Kami di Instagram Kak Ogy..?” – Vicha Terkilan

Pelawak berasal dari Indonesia, Vicha terkilan dengan tindakan penerbit dan pelakon teater Korupsi Dewan Semandung, Ogy Ahmad Daud yang menyekat mereka (pelakon) di laman sosial Instagram (IG).

Vicha berkata, jika benar pelakon senior itu tidak lari daripada ‘masalah’ seperti yang diucapkan beliau menerusi sosial media, mengapa dia perlu menyekat kesemua barisan pelakon teater Korupsi Dewan Semandung di IG.

“Bukan saya sahaja yang terkilan, tetapi semua dalam produksi ini terkejut dengan tindakan Kak Ogy. Adakah ini sikap profesional seorang pelakon senior?

“Menyekat kami daripada akaun IG itu tidak lari dari tanggungjawab? Ya, memang benar beliau masih ada dalam group WhatsApp, tetapi macam tak ada

“Beliau hanya mendiamkan diri dan tidak memberi respon apabila kru bertanya tentang isu bayaran. Kalau dia faham mereka (tenaga produksi teater) perlu perbelanjaan untuk Aidilfitri kenapa buat macam ini…?

“Ini bulan Ramadan, tak baik aniaya orang lain…Kami semua ada ‘mulut’ untuk disuap” luah Vicha.

Ogy menerusi laman sosialnya semalam (Sabtu) memberitahu, tidak pernah berniat untuk melarikan diri ekoran kemelut bayaran tertunggak produksi.

Katanya, dia sedang mencari dana untuk melunaskan pembayaran yang tertunggak seperti yang didakwa beberapa pelakon dan kru teater terbabit.

Sebelum itu industri hiburan tanah air digemparkan dengan isu kegagalan pihak produksi Ogy Ventures & Network untuk melunaskan baki bayaran barisan pelakon teater Korupsi Dewan Semandung yang dipentaskan di Istana Budaya pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.

Isu tersebut bertambah serius apabila salah seorang pelakon, iaitu Che Mat membuat laporan di Balai Polis Bandar Tun Hussein Onn Cheras, pada Jumaat.

Laporan berkenan dibuat apabila Che Mat berasa tertipu dengan janji manis Fauziah atau lebih dikenali sebagai Ogy untuk melunaskan baki bayaran.

Pengarah teater, Khir Rahman turut berharap agar Ogy akan melunaskan segala pembayaran dalam masa terdekat ini.

Untuk rekod, teater arahan Khir Rahman itu dibintangi Joey Daud, Vicha, Mark Adam, Tauke Jambu, Chiwan, Tapai dan Sharif Zero.

Dalam pada itu, Vicha turut memuat naik mengenai Ogy yang menyekat para pelakon di IGnya dengan menyiar semula luahan daripada Man Raja Lawak yang turut memuat naik perkara sama di laman sosialnya.

“Kalau dia di pihak yang benar..siapa yang jadi mangsa ni? Kami ke dia? Kelakar pun ada gak pasal 2 bulan berdolak dalik…

“Kitaorang sabar dan beri peluang, akhirnya ini yang kami dapat? Baki 10k baik saya bagi kat mereka yg betul-betul tengah susah dari bagi kat akak yang MENYUSAHKAN semua orang #hilangrespekaku!


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Kalau Tak Lari Kenapa Bl0ck Kami di Instagram Kak Ogy..?” – Vicha Terkilan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*