Long Tiger sudah dibebaskan

MUAR: Lelaki Rohingya dikenali sebagai ‘Long Tiger’ yang mencetusk4n kontr0oversi kerana membuat siaran langsung di laman Facebook memfitn4h pegawai polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak dibebaskan daripada tahanan reman hari ini.

Keputusan itu dibuat oleh Majistret Zuraidah Abu Bakar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar selepas mendapati tiada justifikasi kukuh yang dikemukakan bagi menyambung tempoh tahanan rem4n terhadap lelaki berusia 34 tahun yang juga pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) itu.

Terdahulu, Long Tiger direman lima hari sejak Selasa lalu bagi membantu siasatan dan pihak polis hari ini memohon supaya reman terhadap Long Tiger disambung lagi sehingga 5 Mei namun tidak dibenarkan majistret.

Long Tiger direm4n bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitn4h.

Suspek juga bukan warganegara Malaysia walaupun mend4kwa dilahirkan di Mentakab Pahang diwakili oleh peguamn Datuk Shaharudin Ali.

Sementara itu, Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi mengesahkan pembebasan berkenaan.

Rabu lalu, Ayob Khan mengesahkan penahan4n Long Tiger selepas gambar dan video penahanan lelaki itu tular di media sosial.

Long Tiger sebelum itu menjadi bualan netizen kerana kelantangannya sehingga menimbulkan kontr0versi melalui beberapa sesi siaran langsung di Facebook.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Berita Harian

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Long Tiger sudah dibebaskan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*