Lebih 433,000 Tandatangan Petisyen Bantah PKP Dil0nggar

Satu petisyen membantah keputusan kerajaan melonggarkan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diwujudkan oleh individu yang menamakan dirinya sebagai Rakyat Malaysia Prihatin sejak dua hari lalu.

Ketika artikel ini ditulis, lebih 433,000 menandatangani petisyen itu di Change.org yang mencadangkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibatalkan.

Menerusi mukadimah, petisyen tersebut meminta kerajaan tidak mengikut kesilapan beberapa negara lain yang memberi kelonggaran.

“Kami tidak mahu barisan hadapan bertambah penat. Kami tidak mahu kerajaan tunduk kepada kapitalis yang hanya mementingkan keuntungan tanpa memikirkan kesihatan sosial dan kesejahteraan pekerja,” katanya.

Salah seorang penandatangan petisyen, Mohd Faiz Mohamed berkata beliau bimbang sekiranya rantaian Covid-19 tidak dapat diputvskan kerana segelintir rakyat masih belum mengamalkan penjarakan sosial.

Buka beransur2, bukan secara mendadak

Terdahulu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sebahagian aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi mulai 4 Mei namun berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : change.or

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Lebih 433,000 Tandatangan Petisyen Bantah PKP Dil0nggar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*