Parodi Watak Juliana Lakonan Ozlynn Buat Ramai Tertawa

Drama Bukan Gadis Biasa yang membariskan ramai pelakon terkenal seperti Remy Ishak, Ayda Jebat, Ozlynn, Nazim Othman dan ramai lagi sudah pun menemui penonton sejak minggu lalu. Sebuah drama berkisarkan mengenai kekeluargaan, beberapa watak dalam drama ini memaparkan karakter lain dari kebiasaan yang dilakonkan oleh barisan pelakonnya.

Antaranya, Ayda Jebat menjadi seorang gadis tomboy, Sheila Rusly memegang watak nenek yang sangat tua dan lain-lain lagi. Malah karakter Juliana lakonan Ozlynn juga turut menjadi perhatian ramai kerana sikapnya yang sangat mengjengkelk4n.

Malah baru-baru ini watak Juliana itu menjadi bahan parodi selepas kemunculannya dengan skrip yang sangat ‘meminta’ dalam episod 8 yang disiarkan beberapa hari lalu. Apatah lagi, sudah lama kiranya Ozlynn tidak muncul di kaca TV. Berikut adalah video parodi watak Juliana lakonan Ozlynn yang dikongsikan semula oleh pelakon ini menerusi laman Instagram miliknya:


Untuk menonton video asal lakonan Ozlynn boleh slide tepi dan menariknya video par0di ini telah meraih lebih dari 30 ribu tontonan.

Ini pula adalah reaksi peminatnya mengenai watak Juliana lakonan Ozlynn yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Ozlynn kalau berlakon tak pernah tak bikin pan4s…Jadi je lakonannya..Hebat”

“…Yang aku ger4m, dalam cerita ni Ju punya karakter sampai ur4t2 leherr semua keluar punyalah real watak jah4t tu”

“Hahahha rasa ger4mmm je tengok skrip ni pun I dah hafal kak Olyn”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Instagram Jozlynnhanania

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Parodi Watak Juliana Lakonan Ozlynn Buat Ramai Tertawa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*