Anak Sakit, Gaji Pun Dah Habis, Makcik ‘Cleaner’ Terpaksa Pajak Harta

Hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan, terdapat segelintir orang ramai berpusu-pusu ke kedai pajak gadai bagi melakukan pinjaman wang tunai.

Tidak terkecuali bagi makcik ini yang ditegur seorang gadis apabila kelihatan sanggup beratur panjang untuk melakukan proses pinjaman berkenaan di sebuah kedai pajak di Taman Jubilee, Ipoh.

“Makcik kenapa hari ni jugak beratur? Tunggu esok kan boleh?”

Menurut pengguna Twitter @theiliaqilah, makcik tersebut mempunyai anak menghidap penyakit asma yang semestinya memerlukan bantuan perubatan.

Tambah gadis itu lagi, makcik berkenaan masih belum menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) oleh kerajaan dan hanya bergantung kepada pendapatan sebagai tukang cuci.

“Ada anak sakit asma. BPN belum dapat, gaji pun dah habis sebab makcik tukang cuci harian,” tulisnya.

Ramai terpaksa pajak harta pus4ka

Posting berkenaan meraih ratusan tanda suka serta pelbagai reaksi warganet yang turut bersimpati dan berhasrat ingin membantu makcik tersebut namun malangnya gadis itu tidak mempunyai maklumat lanjut.

Tak ada ‘contact’ sis!

Sedihnyaaa.. Baru nak bantu

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : Twitter

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Anak Sakit, Gaji Pun Dah Habis, Makcik ‘Cleaner’ Terpaksa Pajak Harta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*