“Haruskah Aku Kembali Padamu?”- Babak ‘The World Of The Married’ Und4ng Kejut4n

Entah apalah jampi yang dipakai oleh pengarah K-drama bertajuk ‘The World Of The Married’ ini, hingga berjaya merekodkan rating tertinggi ketika episod pertama disiarkan, sekali gus mencipta sejarah dalam saluran sebuah televisyen di Korea. Gara-gara penangan kisah pengkhianatan antara suami dan isteri, siri ini juga menjadi  kejutan serta bualan ramai peminat termasuklah di Malaysia dan Indonesia. Walaupun dimulakan dengan k0nflik bermain kayu tiga, tetapi cerita ini sudah mula sajikan elemen thriller selain diselitkan mesej mendalam sepanjang tayangannya.

Lee Tae-oh cuba pujuk anak mesra dengan ibu tiri

Menerusi episod terbaru iaitu yang ke-12 pula, watak utama iaitu Lee Tae-oh sedang berusaha untuk memujuk anak lelakinya (Joon-yeong) supaya menerima ibu tirinya sekali gus tinggal harmoni di rumahnya. Malah Da-kyung sendiri mendedahkan bahawa dia kini memahami perasaan remaja itu setelah bergelar seorang ibu. Walaupun mereka banyak meluangkan masa bersama-sama, tetapi Joon-yeong tetap menyatakan bahawa dia belum bersedia untuk komitmen tersebut.

“Katakan kamu masih punya perasaan padaku..”

Namun babak genting berlaku sewaktu Tae-oh bertandang ke rumah bekas isterinya pada suatu malam. Selain membicarakan tentang soal anak serta perancangan Dr Ji Sun-woo yang mahu berpindah, lelaki itu bagaimanapun meluahkan kebenaran yang dirasai oleh mereka berdua meskipun sekian lama telah berpisah. Dakwaan itu telah akhirnya telah membuatkan Sun-woo gagal menafikannya, manakala Da-kyung pula berasa bimbang apabila suaminya tidak pulang ke rumah.

“Haruskah aku kembali padamu?”

Di hujung episod itu pula, Tae-oh bertanyakan soalan cepumas sama ada Sun-woo mahu mereka kembali bersama seperti dahulu atau tidak. Namun dengan nada tenang, watak doktor itu memberi jawapan tidak, sebaliknya berharap agar bekas suaminya itu menjaga rumah tangga dan keluarga baharunya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Twitter flowerfrost_

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Haruskah Aku Kembali Padamu?”- Babak ‘The World Of The Married’ Und4ng Kejut4n"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*