Inspirasi Anak Muda Main E-Sport, ‘Gamer’ Diiktiraf Malaysia Book Of Record

Pernah tular membeli kereta Mustang dengan hanya memakai selipar sahaja ketika di showroom kereta mewah, Gamer yang dikenali sebagai Soloz telah mendapat mengiktirafan oleh Malaysia Book Of Record.

Soloz atau nama sebenarnya Fariz Zakaria telah mengumpul lebih daripada 1.2 juta pengikut dalam Malaysia Esports National.

Tahniah diucapkan

Ucapan tahniah tersebut telah dimuat naik ke Instagram Malaysia Book Of Records sendiri dengan menghargai setiap usaha anak muda tersebut dalam sama-sama membangunkan sukan atas talian yang kini boleh menjana pendapatan.

Semoga jadi inspirasi anak muda

Nama atlet E-Sport yang mewakili Malaysia dalam Sukan Sea Filipina 2019 itu juga telah tercatat di dalam Malaysia Book Of Record sebagai satu dorongan untuknya agar terus menjadi sumber inspirasi kepada anak muda diluar sana.

Untuk makluman, Soloz merupakan seorang Gamer  yang terlibat dalam sukan E-Sport yang mulai diperkenalkan beberapa tahun lalu.

Sering melakukan streaming online ketika bermain pemainan video membuatkan dia mendapat ramai pengikut sehingga mencecah jutaan orang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : Malaysiabookofrecords

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Inspirasi Anak Muda Main E-Sport, ‘Gamer’ Diiktiraf Malaysia Book Of Record"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*