Pemuda Guna 4,219 Skru Hasilkan Potret Unik Dr Noor Hisham

Pelukis seni Choong Chee Leong menjadi tumpuan netizen di media sosial selepas menghasilkan karya potret unik wajah Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Sebagai tanda penghargaan Dr Noor Hisham dalam berjuang melaw4n wabak Covid-19, Choong atau terkenal dengan nama Ahguu berjaya membuat karya seni tersebut sebelum berkongsi di laman Instagram miliknya.

Lelaki berusia 33 tahun itu telah melakukan pelbagai eksperimen dengan benang dan paku sejak beberapa tahun dan mahu melakukan cabaran terhadap dirinya dengan menggunakan skru pula sebagai bahan seni.

Pada mulanya, dia melukis wajah Dr Noor Hisham pada sehelai kertas berbeza sebelum mengambil masa dua minggu bagi menyiapkan potret itu dengan menggunakan 4,219 skru secara keseluruhannya.

Mahu hadiahkan kepada Dr Noor Hisham

Pencinta seni kelahiran Perak itu mengakui karya seni yang menggunakan bahan seperti itu ibarat ‘main redah’ kerana tidak tahu sekiranya potret tersebut menyerupai wajah seseorang sehingga selesai dilakukan.

“Setiap skru perlu digerudi dengan tepat. Ada beberapa sentuhan untuk menjadikan ciri-ciri Dr Noor Hisham muncul pada akhirnya. Kalau tidak, ia akan kelihatan seperti orang lain,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : Malay Mail

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Pemuda Guna 4,219 Skru Hasilkan Potret Unik Dr Noor Hisham"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*