Tempahan Naik Mendadak, Ustaz Ebit Lew Cari 100 Tukang Jahit

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan di media sosial adik kepada pembekal kain jenama popular di Malaysia yang did4kwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman sehingga menimbulkan kemarah4n netizen.

Meskipun sudah membuat permohonan maaf secara terbuka, namun rata-rata netizen bertindak mahu memboik0t jenama tersebut dan memilih butik pakaian jenama lain untuk persiapan sempena Syawal tidak lama lagi.

Dalam pada itu, ada netizen memuat naik perkongsian di Facebook meminta orang ramai untuk menyokong perniagaan pakaian Ustaz Ebit Lew yang sudah banyak membantu golongan susah di negara ini.

Nampaknya cadangan netizen itu menyebabkan stok pakaian habis dijual sehinggakan Ustaz Ebit Lew memuat naik status mencari 100 tukang jahit di kilang pakaiannya bagi memenuhi semua permintaan pelanggan yang naik dengan mendadak.

Difahamkan, buat masa ini pembelian hanya boleh dilakukan menerusi atas talian kerana butik ditutup buat sementara waktu.

Syukur Alhamdulillah, semakin mencurah-curah rezeki Ustaz Ebit Lew sempena bulan Ramadan ini meskipun ada segelintir pihak kurang senang dengan sumbangan diberikannya bagi membantu orang susah sebelum ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Facebook Ebit Lew, Facebook Hazwan Iskandar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Tempahan Naik Mendadak, Ustaz Ebit Lew Cari 100 Tukang Jahit"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*