[VIDEO] Kreativiti Zulin Aziz Buat Ramai Orang Terhibur

Setelah sekian lama tidak menghasilkan video popularnya yang menghiburkan ramai sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, selebriti serba boleh Zulin Aziz akhirnya memuat naik video sambungan drama lucunya.

Seperti biasa, Zulin Aziz menggunakan laman Instagram peribadinya dalam menghiburkan ramai peminat, bahkan selepas berkongsikan kreativitinya dimana dia menghasilkan video drama yang menggunakan beberapa babak dalam filem daripada pelakon-pelakon Bollywood popular, dirinya semakin menjadi perhatian warganet.

Seperti diketahui juga, antara watak dalam video kreativiti Zulin Aziz yang sangat mencuit hati ramai merupakan watak daripada pelakon popular, Arjun Rampal yang membawakan watak sebagai suaminya.

Nampaknya, drama lucu dihasilkan oleh Zulin Aziz mempunyai sambungan yang membuatkan ramai ternanti-nanti untuk menontonnya. Apatah lagi akui ramai, bahawa dramanya itu mampu membuatkan ramai gelak besar gara-gara kreativitinya di musim kuarantin ini.

Malah drama kreativitinya turut mendapat perhatian daripada pelakon itu sendiri dimana Arjun Rampal menerusi laman Twitter miliknya memberikan reaksi positif buat Zulin Aziz.

Jika sebelum ini, Zulin Aziz ada memasukkan watak baru dalam dramanya ini dimana dia menggunakan babak lakonan daripada pelakon, Farida Jalal yang digelarnya sebagai Tok Kiah.

Ternyata, video lawak terbaru Zulin Aziz ini seperti biasa mencuit hati ramai peminat dan pengikutnya apabila kreativitinya ini membuatkan mereka terhibur lagi.

 

View this post on Instagram

 

Dia bersubahattttt rupanya!!!! Tok kiah dgn arjun ni nak kene ni. Takde mood nak masak sahur!!😤

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on

“Dia bersubahattt rupanya!!! Tok Kiah dengan Arjun ni nak kene ni. Takde mood nak masak sahur!!!,” tulisnya.

Reaksi ramai diruangan komen gara-gara video lawak Zulin Aziz

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Instagram Zulin Aziz

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "[VIDEO] Kreativiti Zulin Aziz Buat Ramai Orang Terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*