Terlepas Doa Qunut Apa Nak Buat? Pemuda Ajar Cara Lakukan Sujud Sahwi Dengan Betul

Bukan senang nak mendapatkan khusyuk dalam solat, kita kena betul-betul fokus segala tertib dan bacaan yang ada dalam solat. Tetapi kadang-kadang itu, baru masuk rakaat kedua, fikiran pun mula mengelamun sampai terlupa apa yang dibaca.

Namun Islam itu agama yang menyenangkan, jika tertinggal salah satu tertib atau bacaan dalam solat, maka kita dibolehkan untuk buat sujud Sahwi.

Apa itu sujud Sahwi? Kalau nak tahu sujud ini dilakukan di penghujung solat, akan menjadi penutup kepada kecacatan tersebut. Seperti yang perkongsian yang tular dibuat oleh seorang pemuda di IG, Furqan Fawwaz, berkenaan cara melakukan sujud sahwi.

Kalau terlepas baca doa Qunut nak buat apa?

Menerusi video yang dimuat naik, Furqan menunjukkan cara membuat sujud sahwi dengan melakonkan semula situasi solat Subuh apabila terlepas doa Qunut, berserta dengan cara dan bacaan yang harus dibaca di dalam sujud tersebut.

Wajib ke sujud Sahwi?

Menerusi perkongsian maklumat daripada portal Mufti Wilayah Persekutuan, meninggalkan doa qunut semasa solat subuh, adalah disunatkan untuk dia melakukan sujud sahwi.

Namun sekiranya tidak melakukannya, ini tidaklah membatalkan solat. Ini kerana, sujud sahwi hukumnya adalah sunat kita cuma meninggalkan perkara sunat, akan tetapi itu adalah sunat ab‘adh.

Jadi, diharapkan perkongsian ini dapat membantu kita dalam memperbaiki solat dan ibadah kita. Selamat menjalani ibadah puasa.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : Furqan Fawwaz & Mufti Wilayah Persekutuan

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Terlepas Doa Qunut Apa Nak Buat? Pemuda Ajar Cara Lakukan Sujud Sahwi Dengan Betul"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*