Dua Bulan Berkahwin, Penyanyi Tegar ‘Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang’ Umum Isteri H4mil

Setelah hampir dua bulan mendirikan rumah tangga dengan Sarah Sheika, penyanyi remaja Indonesia Tegar Septian mengumumkan dia bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

Tegar berkata dia gembira apabila mengetahui mengenai keh4milan isteri itu dan berasakan Ramadan tahun ini cukup bermakna buat mereka sekeluarga.

“Alhamdulillah tahun ini diberi rezeki dan kepercayaan sama Allah. Di bulan Ramadan tahun ini Tegar ditemani isteri.

“Alhamdulillah… Allah memberi kepercayaan untuk Tegar menjadi seorang ayah,” katanya.

Penyanyi lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang ini memaklumkan mengenai keh4milan isteri itu menerusi Instagram miliknya.

Tegar kongsi berita gembira di Instagram.

Bersama kapsyen tersebut dia turut berkongsi foto alat ujian kehamilan.

Sementara itu, ruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada pengikut yang turut teruja dengan khabar gembira itu.

Menjawab salah satu komen peminat, Tegar berkata dia mengimpikan untuk memiliki anak sulung lelaki.

“Nak lelaki,” jawab Tegar.

Tegar dan isteri berkahwin pada 20 Mac lalu.

Tegar yang baru berusia 19 tahun mendirikan rumah tangga dengan Sarah Sheilka di sebuah lokasi di Jakarta, Indonesia pada 20 Mac lalu.

Tegar mula mencipta nama pada usia 11 tahun bermula daripada menjadi penyanyi jalanan.

Remaja itu kemudian berjaya mengubah nasib keluarganya yang hidup dalam keadaan kurang berkemampuan.

Namun, kehidupannya kembali miskin selepas dilaporkan menjadi m4ngsa penipu4n pihak tertentu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: mstar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Dua Bulan Berkahwin, Penyanyi Tegar ‘Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang’ Umum Isteri H4mil"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*