Hampir Buat Penemuan Signifikan COVID-19, Penyelidik Ditemui M4ti Ditemb4k

PITTSBURGH: Seorang profesor di University of Pittsburgh, Pennsylvania, yang hampir membuat ‘penemuan signifikan’ berkaitan COVID-19, ditemui m4ti pada hujung minggu lalu.

Kenyataan Jabatan Polis Ross menyebut Bing Liu, 37, ditemui di rumahnya pada Sabtu, dengan kesan temb4kan di kepala, leher, badan dan kaki.

Penyiasat turut menemui mayat seorang lelaki yang belum dikenal pasti di dalam sebuah kereta di luar rumah Liu, dan percaya lelaki itu menemb4k dan membvnuh Liu sebelum membvnuh diri.

“Siasatan awal menunjukkan kedua-dua mereka saling mengenali, tetapi tidak ada bukti yang menunjukkan ia satu jenay4h kebenci4n,” kata jurucakap polis, Detektif Brian Kohlhepp.

Liu, yang memperoleh ijazah kedoktoran dari Universiti Nasional Singapura, pernah bertugas sebagai penyelidik di Carnegie Mellon University, Pennsylvania, sebelum memulakan tugas di Fakulti Perubatan, University of Pittsburgh.

Pihak universiti menzahirkan rasa sedih dengan kemati4n tr4gis Liu, yang disifatkan sebagai seorang penyelidik yang berdedikasi dan disenangi ramai.

“Liu hampir membuat penemuan yang sangat penting untuk memahami mekanisme selular yang mendasari jangkit4n SARS-CoV-2 dan asas selular dari komplikasi tersebut,” kata universiti tersebut menerusi satu kenyataan.

Universiti itu juga memaklumkan anggota fakulti kini dalam usaha untuk menyelesaikan kajian Liu sebagai satu penghormatan kepadanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Astro Awani

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Hampir Buat Penemuan Signifikan COVID-19, Penyelidik Ditemui M4ti Ditemb4k"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*