“Hari Ni Bukti Nyata Saya Sudah DisihIr 9 Tahun Oleh…” – Siti Sarah Kongsi Sekeping Gambar Lama

Betullah kata orang tua-tua, bila hidup bersuami isteri, bukan sahaja perlukan hal-hal penting, tetapi gurau senda juga amat digalakkan.

Pasangan Siti Sarah dan Shuib Sepahtu ini sememangnya suka bergurau senda di antara satu sama lain. Malah, mereka tidak kisah jika menjadi bahan gurauan di antara mereka berdua.

Dalam satu entri terbaru di Instagram miliknya, Siti Sarah memuat naik satu video dia sedang membelek telefonnya.

Dan di dalam telefon tersebut terdapat gambar Shuib sewaktu muda.

“Ya Allah, kalau tengok rupa dia ni, adakah aku disihIr?” seloroh Siti Sarah sambil menunjukkan sekeping gambar lelaki berkaca mata hitam di dalam telefonnya.

Tidak diketahui bahawa gambar yang ditunjukkan oleh Siti Sarah itu adalah gambar sebenar Shuib Sepahtu.

 

View this post on Instagram

 

Harini bukti nyata saya sudah disihir 9 tahun oleh @shuibsepahtu hari ni saya dah dapat bukti 😂🤣

A post shared by Dap..Dap..Dap..🎵 (@sitisarahraissuddin) on


“Harini bukti nyata saya sudah disihir 9 tahun oleh Shuib Sepahtu. Hari ni saya dah dapat bukti,” tulis Siti Sarah pada entri tersebut.

Siti Sarah Raisuddin berkahwin dengan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad pada tahun 2011.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Instagram sitisarahraisuddin

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Hari Ni Bukti Nyata Saya Sudah DisihIr 9 Tahun Oleh…” – Siti Sarah Kongsi Sekeping Gambar Lama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*