“Mungkin inilah pengakhiran aku dan suami..”Cukup Kesal Dengan Apa Yang Berlaku Terhadap Dirinya Yang Dituduh Berkhalwat

Pada masa si suami terlantar saklt di katil tanpa sebarang reaksi dan aktiviti fizikal, hati wanita bernama Siti Rohayu Ibrahim (Umi)ini tabah mengharungi tempoh getir itu. Tanpa jemu, dia menjaga cinta hatinya itu dengan sebaiknya dan yakin bahawa lelaki berkenaan akan kembali sihat selepas mengalami koma akibat nahas jalan raya beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun berkat kesabaran, Muhamad Ridhwan Mohd Zaki akhirnya sedar dari ‘lena’ yang panjang. Pun begitu, ingatannya tidak lagi seperti dahulu dan kini terpaksa bergantung sepenuhnya menggunakan kerusi roda. Sejak itu, kisah menyayat hati tentang suami isteri ini mendapat perhatian ramai.

Difitnah & ditangkap khalwat ketika suami & anak ada di sisi

Namun sesungguhnya, langit itu tidaklah selalu cerah. Menerusi sebuah posting yang dimuat naik di Facebook sekitar awal pagi tadi, Rohayu mendakwa dirinya telah difitnah dan ditangkap khalwat di rumah bersama keluarga. Tambah wanita yang berusia 30 tahun ini, dia kemudian dibawa ke pejabat agama berdekatan sebelum diikat jamin oleh ibu kandungnya.

Allah dah beri jalan penyelesaian yang terbaik untuk aku..

Rohayu mengakui terkilan kerana ada pihak yang sanggup manabur fitnah demi meruntuhkan perkahwinannya. Menganggapnya sebagai ujian di bulan Ramadan, wanita ini akhirnya mengambil keputusan untuk menuntut fasakh dan melepaskan kembali suaminya ke pangkuan mentua.

VIDEO

Sumber : Facebook Siti Rohayu

Be the first to comment on "“Mungkin inilah pengakhiran aku dan suami..”Cukup Kesal Dengan Apa Yang Berlaku Terhadap Dirinya Yang Dituduh Berkhalwat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*