Produk Duck Habis Terjual Dalam Masa 30 Minit

Sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan oleh segelintir netizen yang menyeru supaya orang ramai supaya memboikot barangan keluaran jenama yang terkait dengan isu sensitif termasuklah mahu memboik0t barangan oleh usahawan terkenal Vivy Yusof.

Meskipun sebelum ini terpalit dengan kontroversi did4kwa menghina golongan B40 dan M40 dan ditudvh meniru idea tudung jenama tempatan lain, namun isu memboik0t produknya hanya cakap kosong sahaja.

Ini terbukti apabila produk keluaran terbaru dari jenama dUCK telah habis dijual dalam masa 30 minit. Jenama dUCK itu baru sahaja meraikan ulang tahun keenam dan telah melancarkan 6 produk istimewa edisi terhad buat pelanggan mereka.


Difahamkan, ramai pelanggan berlumba-lumba untuk mendapatkan produk edisi terhad itu sehingga ramai mengadu laman sesawang Fashion Valet mengalami kesesakan ketika mahu membuat pembelian.

Menerusi perkongsian di Insta Story, dia berkongsikan kegembiraan pelanggannya yang berjaya mendapakan produk istimewa itu dan memohon maaf kerana tidak dapat mengisi semula stok.

Nampaknya, isu boik0t daripada netizen tidak memberi apa-apa kesan terhadap sesebuah perniagaan dan kuasa membeli ternyata bukanlah terletak kepada netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Instagram theduckgroup, vivyyusof

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Produk Duck Habis Terjual Dalam Masa 30 Minit"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*