Zulin Aziz Dapat Tawaran Berlakon Filem Tamil

Jika anda mengikuti laman media sosial Zulin Aziz pasti ramai tahu bahawa pelakon dan pengacara itu sering memuat naik pelbagai video kelakar untuk hiburan netizen. Antara videonya yang paling menjadi perhatian adalah parodi filem Bollywood.

Malah video parodinya juga turut mendapat perhatian pelakon Bollywood, Arjun Rampal. Nampaknya, video kreatifnya itu memberi rezeki kepada Zulin apabila dia dikhabarkan menerima tawaran berlakon dalam sebuah filem Tamil.


Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh Zulin sendiri menerusi Instagram miliknya. Gembira dengan tawaran tersebut, Zulin nampaknya sudah menyimpan hasrat untuk bertemu dengan pelakon popular Tamil iaitu Rajnikanth.

Perkongsian Zulin itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan juga rakan artis yang tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah. Malah, ramai yang teruja dengan peluang keemasan tersebut.

Difahamkan, paparan mesej itu adalah daripada oleh pengurus Zulin iaitu, Ayra Nasir berhubung tawaran untuk menceburi industri Kollywood. Tak sabar nak tengok Zulin melangkah masuk ke industri Kollywood. Mana tahu, lepas ini boleh bintangi filem Bollywood pula.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Zulin Aziz Dapat Tawaran Berlakon Filem Tamil"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*