“Beraya di rumah pakai kain pelikat..” – Ziarah Dalam Negeri Juga Tidak Dibenarkan

Sejak minggu ini, kerajaan Malaysia telah melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakkan  dengan membolehkan sektor-sektor ekonomi mulai beroperasi.

Setelah daripada itu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan)  Datuk Seri Ismail Sabri turut memaklumkan bahawa kerajaan sudah menarik balik arahan pergerakkan yang hanya boleh merentasi 10km sahaja. Perjalanan rentas negeri turut sudah dibenarkan dengan syarat tertentu.

Kunjung-mengunjung memang tak dibenarkan

Perjalanan rentas daerah turut dibolehkan namun sebentar tadi beliau memberitahu tiada amalan ziarah-menziarahi pada hari raya dan perkara tersebut dilar4ng bagi mengelakkan sebarang penularan pendemik Covid-19.

Duduk rumah pakai kain pelikat

Menerusi Malaysiakini, Ismail Sabri Yaakob menambah  bahawa amalan kunjung-mengunjung dalam negeri mahupun daerah tidak dibenarkan sama sekali.

Beliau berkata pada masa ini, kerajaan memang membenarkan pergerakan tanpa had masa antara daerah tetapi ziarah untuk hari raya masih tidak dibenarkan.

“Seperti diumumkan Perdana Menteri (Muhyiddin Yassin), kita tidak boleh balik raya, jadi kita beraya di rumah saja dan pakai kain pelikat.”

Menerusi laporan itu lagi, PKP Bersyarat yang akan berakhir pada 12 Mei ini berkemungkinan akan diteruskan sehingga hari raya.

Kelonggaran yang diberikan sebelum ini adalah bagi memulakan semula operasi kegiatan ekonomi. Walau bagaimanapun beberapa sekatan masih berlaku seperti pembukaan sekolah dan juga perjalanan antara negeri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : Malaysiakini

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Beraya di rumah pakai kain pelikat..” – Ziarah Dalam Negeri Juga Tidak Dibenarkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*