“Kembar Terpisah Ni, Ayda Lekir Nama Minah Tu” – Wajah Hampir Sama Seperti Ayda Jebat, TikTok Jadi Viral

Satu video TikTok dipercayai dari negara seberang menjadi viral di Twitter akibat wajah gadis tersebut hampir serupa dengan pelakon dan penyanyi jelita, Ayda Jebat.

Ayda Jebat yang berkongsi perkara yang sama di Instagram miliknya turut terkejut kerana namanya dikaitkan dengan video tersebut.

“Tengah viral dekat twitter sekarang dan semua mention nama saya apahal! That’s not me. Bhahahaha! Aduh adik ni spedo boyfriend dia.

“Patut lelaki jaga makan minum awak. Nanti ready lah dia jadi suri rumah, awak pergi kerja. Tag boyfriend korang! Cowok matre. Bila nak bayar je bf buat buat busy. Takleh blah. Jangan eh,” seloroh Ayda.

Ramai peminat dan rakan selebriti yang turut meninggalkan komen yang kelakar dan menghiburkan di ruang komen milik Ayda Jebat itu.

Ayda Jebat turut mempromosikan filem Pinjamkan Hatiku yang sedang ditayangkan di Astro Ria ketika ini.


Ayda Jebat baru sahaja melangsungkan majlis pertunangan bersama pengacara Nabil Mahir secara online pada 28 April lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Instagram aydajebat

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Kembar Terpisah Ni, Ayda Lekir Nama Minah Tu” – Wajah Hampir Sama Seperti Ayda Jebat, TikTok Jadi Viral"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*