Biskut Raya Uqasha Senrose Laku Keras, 200 Balang Terjual Sehari

Tidak membiarkan masa terbuang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Uqasha Senrose mengambil peluang dengan menjual biskut raya. Sekadar berkongsi cara membuat biskut Arab di Instagram, kini Uqasha tidak menang tangan untuk memenuhi tempahan.

Menurut Uqasha, dia tidak terfikir untuk menjual biskut raya, tetapi ramai yang menghantar mesej di Instagram mahu menempah biskut tersebut. Ujarnya lagi, dalam sehari dia perlu menyiapkan hampir 200 balang biskut.

“Sejak beberapa hari lalu, saya tak menang tangan apabila tempahan diterima dalam mesej langsung IG bertubi-tubi. Bayangkan dalam sehari, saya perlu siapkan antara 100 hingga 200 balang biskut… Memang tak sangka.

“Mereka belum pernah merasa biskut itu tetapi yakin mahu membeli. Tidak terfikir langsung atau berniat hendak menjual. Tiba-tiba saya jadi penjual biskut raya,” katanya.

Menggunakan resipi turun-temurun nenek moyang bagi menghasilkan biskut Arab diberi nama Something Sweet by The Four Sisters, Uqasha berkata pada awalnya dia berfikir panjang sebelum menjualnya kerana kos pembuatan biskut itu bukan murah.

“Pada mulanya, saya berkira-kira hendak menjual kerana kos menghasilkan biskut ini bukan murah. Fikir dua tiga kali hendak menjualnya. Tetapi saya terima banyak permintaan. Pada permulaan, tiga hari berturut-turut mesej diterima untuk menempah biskut.

“Jadi, saya putuskan menjualnya dengan stok terhad. Tak sangka ramai mahu terus membeli, bukan sebalang, malah enam hingga tujuh balang seorang,” katanya.

Dalam pada itu, Uqasha berkata dia terpaksa men0lak tempahan dari Sabah, Sarawak dan Brunei memandangkan kos penhantaran tidak berbaloi dan bimbang biskut sampai dalam keadaan tidak sempurna.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: BH Online

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Biskut Raya Uqasha Senrose Laku Keras, 200 Balang Terjual Sehari"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*