KKM Sahkan Muncul Kluster Baru, Melibatkan Pengawal Keselamatan Pusat Beli Belah Cheras

Menerusi siaran langsung perkembangan Covid-19 yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, hari ini memaklumkan pihaknya sudah mengenal pasti satu lagi kluster baru.

Kluster baru itu terdiri daripada anggota serta pengawal keselamatan di pusat beli belah Cheras, dan sehingga Khamis 10 kes positif COVID-19, melibatkan sembilan warganegara Nepal dan seorang warga Malaysia.

10 kes dikenal pasti

Punca jangkitan bagi kluster ini masih di dalam siasatan. Langkah-langkah pembendungan dan pencegahan seterusnya telah diambil seperti mengenalpasti dan menjalankan ujian saringan COVID-19 ke atas semua pekerja dan kontak rapat mereka.

Kesemua kes dibawa ke pusat saringan

Menerusi maklumat KKM, kesemua kes warganegara Nepal tinggal di kediaman yang sama di Cheras. Saringan COVID-19 telah dijalankan ke atas penghuni kediaman mereka, pengawal dan anggota keselamatan di pusat membeli-belah tersebut.

Pekerja pasaraya yang berkait rapat. Setakat ini, seramai 436 orang telah disaring, di mana 10 kes didapati positif, 347 kes negatif dan 79 orang masih menunggu keputusan.

Dr Noor Hisham berkata, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Cheras dan Titiwangsa akan terus menjalankan pemantauan ke atas kenaikan kes COVID-19 berkaitan kluster ini.

Kesemua kontak rapat setiap kes telah dipanggil untuk tujuan saringan dan pendidikan kesihatan juga telah diberikan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : KKM & Astro Awani

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "KKM Sahkan Muncul Kluster Baru, Melibatkan Pengawal Keselamatan Pusat Beli Belah Cheras"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*