Taska Amalkan Penjarakan Sosial Dapat Pujian Orang Ramai

Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tempoh hari kepada beberapa sektor ekonomi dan institusi pengajian. Malah, taska atau pusat asuhan kanak-kanak juga diberi kelonggaran beroperasi tetapi hendaklah mengikuti langkah pencegahan.

Perkongsian foto jarak sosial yang dikongsi seorang ibu iaitu Nurrulakhira Azman di taska ini turut dapat pujian netizen. Kanak-kanak itu juga diletakkan pada jarak satu meter sesama mereka.

Bagusnya anak-anak semua

Menerusi Facebook Nurrulakhira Azman memuatnaik foto dan status berkongsi langkah-langkah pencegahan yang dilaksanakan pengurusan taska berkenaan. Dia turut memuji tindakan yang diambil taska ini bagi menangani penularan wabak Covid-19.

Social distancing kat taska Ejazz. Bagusnya anak-anak semua. Dengar cakap teacher. Tenang hati bonda pergi kerja macam ini. Semoga semua anak-anak kat taska sentiasa dilindungi daripada virrus jah4t Covid-19. Thank you teachers!

Budak pun dengar cakap

Ruang bermain dan belajar telah dijarakkan. Bukan itu sahaja, katil untuk pelajar tidur juga dilaksanakan sedemikian. Malah, sikap kanak-kanak yang berada di taska berkenaan juga sangat dipuji. Boleh dikatakan, kesemua antara mereka patuh dengan arahan.

Jarak sosial di taska

Lega tengok

Rata-rata netizen bersetuju dengan langkah-langkah yang diambil pengurusan taska ini. Malah, mereka juga berharap agar mana-mana taska atau pusat asuhan kanak-kanak juga mengambil langkah yang sama bagi memerangi penularan wabak Covid-19.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Nurrulakhira Azman

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Taska Amalkan Penjarakan Sosial Dapat Pujian Orang Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*