Anwar Ibrahim Mula Naik AngIn, “Main Golf Boleh, Kedai Jvdi Boleh Buka, Tapi Parlimen Tak Boleh Bersidang”

Sidang Dewan Rakyat akan datang, kata Anwar Ibrahim, memang tidak wajar sama sekali dilangsungkan hanya sehari ketika pelbagai sektor ekonomi diberikan kelonggaran beroperasi.

Katanya, jika isu ancaman COVlD-19 menjadi kebimbangan sidang tersebut boleh dilakukan secara maya.

” Boleh buat, soalnya nak buat atau tidak.

” Seperti saya sebut (sebelum ini), main golf boleh, kedai judi boleh buka, banyak lagi kemudahan, macam-macam. Tapi Parlimen tak boleh bersidang,” kata presiden PKR itu dalam siaran langsung yang dipancarkan melalui Facebook, hari ini.

Dewan Rakyat dijadual bersidang pada 18 Mei ini. Ia adalah sidang pertama selepas Muhyiddin Yassin membawa Bersatu keluar dari Pakatan Harapan untuk bekerjasama dengan Umno, PAS dan BN.

Beliau kemudian dilantik menjadi perdana menteri.

Mereka kemudian membentuk kerajaan Perikatan Nasional – sebuah gabungan yang dinyatakan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, sebagai entiti tidak berdaftar.

Pengkritik mendakwa sidang itu dihadkan selama sehari saja kerana Muhyiddin bimbang ada usul tidak percaya dikemukakan terhadapnya.

Terdahulu Anwar ditanya mengenai kesesuaian sidang parlimen diadakan secara dalam talian seperti dilakukan Maldives, satu daripada negara terkecil di dunia pada 15 April lalu.

“Ini parlimen apa ini? Parlimen burung?”

Menurut Anwar di sebalik pelbagai cara boleh dilakukan untuk sidang itu berjalan kerajaan tetap mengekalkan keputusan mereka iaitu selama satu hari saja.

” Ada sidang dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, kemudian tangguh, baca rang undang-undang kali pertama dan tutup. Soal jawab tak ada, perbahasan (tak ada).

” Ini parlimen apa ini? Parlimen burung? Maknanya… tak ada soal jawab. Alasan COVlD-19.

” Sebab itu kita bantah, kena ada sidang seperti biasa, penjarakan sosial mesti dihormati, beberapa langkah kesihatan mesti diwaspadai tetapi sidang mesti berjalan,” tegasnya.

Dr Mahathir juga terus desak

Pakatan Harapan (PAKATAN) bersama sekutunya Tun Dr Mahathir Mohamad dan Parti Warisan Sabah (Warisan) mendesak kerajaan untuk mengadakan sidang penuh Parlimen atau sekurang-kurangnya dua minggu.

Dalam kenyataan bersama, mereka berkata gesaan itu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang memberi kelonggaran dalam banyak sektor ekonomi mengikut tatacara operasi piawai (SOP) tertentu.

” Memandangkan Parlimen memutuskan SOP bagi membolehkan persidangan pada 18 Mei dan membenarkan banyak aktiviti secara bersyarat, maka sebenarnya tiada alasan atau halangan bagi Parlimen untuk bersidang penuh lebih dari sehari yang diumumkan.

” Persidangan lebih panjang akan membolehkan perbahasan isu yang lebih mendalam serta membolehkan ahli-ahli jemaah menteri melaksana agenda legislatif kementerian masing-masing,” katanya.

” Oleh yang demikian, kami menggesa kerajaan untuk segera melaksana sidang Parlimen penuh dengan menambah jumlah hari persidangan ke sekurang-kurangnya dua minggu.”

Kenyataan tersebut dikeluarkan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Bersatu tidak lagi bersama PAKATAN susulan krisis politik pada Februari lalu yang menyaksikan sebahagian besar ahli-ahli parlimen parti menyertai kerajaan Perikatan Nasional.

Beberapa hari lalu, PAKATAN mendes4k sidang Dewan Rakyat diadakan sekurang-kurangnya dua minggu.

Bagaimanapun semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan sidang itu wajar dikekalkan sehari.

Katanya, ia mengambil kira pendirian kerajaan bahawa sebarang bentuk perhimpunan ramai masih belum sesuai ketika ini dalam usaha mengawal risik0 jangkitan COVlD-19.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: malaysia kini

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Anwar Ibrahim Mula Naik AngIn, “Main Golf Boleh, Kedai Jvdi Boleh Buka, Tapi Parlimen Tak Boleh Bersidang”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*