Buat Ramai Kagum, Insan OKU Cerebral Palsy Kerah Kudr4t Buat Bisnes ‘Online’

Kebanyakan golongan OKU kini dilihat lebih selesa berdikari dan berusaha sendiri untuk mencari pendapatan tanpa ihsan orang ramai. Malah, segelintir golongan ini lebih gemar jika orang sekeliling mereka melayannya seperti orang normal.

Jadi, tidak hairanlah jika golongan OKU ini boleh berjaya dan mampu meraih pendapatan yang setanding dengan orang lain. Walaupun pergerakan terbatas dan faktor cacat fizikal, namun golongan ini dilihat tetap kuat semangat melakukan pekerjaan mereka.

Kita yang normal ni pun mengelvh hidup susah!

Salah seorang pengguna laman Twitter, berkongsikan serba sedikit bingkisan video yang memaparkan seorang insan OKU dari golongan Cerebral Palsy melakukan jual beli atas talian menerusi live di Facebook.

Keratan video insan istimewa menjual…

Dalam live tersebut, pemuda OKU itu dilihat mempromosikan dan menjual stokin-stokin yang bercorak comel. Walaupun percakapannya kurang jelas, tetapi ketekunan dan keyakinannya sememangnya sangat dipuji.

“Saya mohon maaf yang saya mempunyai masalah pertuturan…”

Lebih menyentuh hati, setiap videonya mempunyai kasyen yang tertulis permohonan maaf seandainya para pelanggan tidak memahami percakapannya kerana masalah kesihatan yang dihadapi.

Ramai yang kagum dengan pemuda OKU ini kerana tetap cekal menjalankan perniagaan walaupun serba kekurangan. Kebanyakan pelanggan yang berurusan dengannya meninggalkan maklum balas dan komen yang bagus di Facebook.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Twitter, Facebook.

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Buat Ramai Kagum, Insan OKU Cerebral Palsy Kerah Kudr4t Buat Bisnes ‘Online’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*