‘Kawasan Mana Tu? Bagi Alamat..’ – Terima DM Keluarga Susah, Ebit Lew Segera Hulur Bantuan

Ustaz Ebit Lew bersama pasukannya telah meninjau sebuah rumah usang yang terletak di Kampung Sri Damai Kuantan. Sebaik tiba di sana, dia turut bersimpati dan sayu hatinya apabila melihat keadaan penginapan keluarga tersebut.

Terdahulu, personaliti media sosial iaitu Nur Hayati Tahir menghantar mesej melalui DM Instagram kepada Ustaz Ebit Lew menceritakan kesusahan sebuah keluarga di Kuantan. Keluarga yang terdiri daripada seorang ibu dan empat anak kecil itu terpaksa menjalani kehidupan tanpa bekalan elektrik dan air.

Buang air pun di dalam sem4k saja

 

View this post on Instagram

 

Assalamualaikum kawan2..disebabkan ustaz @ebitlew sekarang ni ada di area Kuantan,saya ada dm ustaz tentang ni.. baru2 ni saya dan kawan2 ada ke rumah seorang makcik ni area Kuantan.. makcik ni ada 4 orang anak kecil..dia sangat2 memerlukan saat ni.. dia tinggal dalam keadaan rumah tiada bekalan elektrik dan bekalan air.. tandas pun tak ada..terpaksa buang air didalam semak sahaja..Allahu..boleh swipe gambar seterusnya dan lihat sendiri..saya minta kerjasama kawan2 tolong mention ustaz @ebitlew sehingga ustaz perasan atau pun tolong share posting ni.. saya harap sangat makcik tu dapat juga bantuan dari ustaz.. terima kasih semua .. @syarafi.zewneger @skilasyakila @amyra_rahman @manjoget @puterafalliqhakim @afiqaliii

A post shared by Yatt (@nurhayatitahirr) on

Hayati Tahir sebelum ini memuatnaik foto keadaan rumah keluarga tersebut di laman Instagram dan kerat4n mesej yang telah dihantar ke Ustaz Ebit Lew. Keluarga tersebut menetap di Kampung Sri Damai Kuantan itu menjalani kehidupan tanpa bekalan air dan elektrik selama 3 tahun. Malah, keluarga ini terpaksa buang air di kawasan sem4k ek0ran tiada tandas di rumah mereka.

‘Kawasan tu di mana?’

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah..terima kasih semua sebab dah share & mention ustaz di posting sebelum ni..ustaz @ebitlew dah reply dm saya.. ☺️

A post shared by Yatt (@nurhayatitahirr) on

Setelah terima DM tersebut, Ebit Lew segera minta alamat lokasi rumah berkenaan.

Saya nek4d nak carikan rumah

 

View this post on Instagram

 

Menangis teresak hari ni. Jumpa kakak dan anak kecil duduk 3tahun di rumah ini di kg Sri Damai Kuantan tanpa air dan elektrik. Tiada tandas. Terpaksa ke celah-celah semak. Tadah air perigi. Semak penuh. Kakak ini asal kelantan. Menangis dengar kisah kakak ini. Betul-betul remuk hati mendengarnya. Laju jer air mata keluar. Kalau musim hujan banjir tempat ini. Biasa saya tahan air mata depan mereka. Hari ini saya biarkan jer menangis depan kakak dan anak ini. Anak semua tak sekolah. Ic semua ada. Ya Allah apalah nak jawab depan Allah nanti. 3 tahun hidup dalam semak ini. Tangga nak naik rumah patah. Tandas takde. Betul-betul luka hati saya hari ini. Betul ke. Berkali-kali saya cek akak ini . Penghulu dan tok empat semua hadir tadi. Terima kaseh hadir. Mereka ada beri beras dan makanan untuk keluarga ini. Katanya tak mampu nak tolong cari rumah dan lain-lain. Dah cuba sana sini belum dapat lagi. Menangis saya dari tadi. . Saya memang tak lepas di akhirat nanti. 3 tahun lalu di jalan besar sana pergi ceramah. Ya Allah ampunkanlah ebit lew ini. Maaf ya Allah. Kasihannya. Takde air elektrik 3 tahun. Ya Allah. Saya nekad nak cari rumah dan nak sekolahkan anak ini semua. Hantar sekolah madrasah atau mana-mana asrama sesuai. Tak berhenti kakak ini cakap terima kaseh. Bahagian kakak. Ini semua akan jadi sejarah yang kita akan kena jawab depan Allah. Masa kamu ebit lew makan sedap tidur lena. Kenapa ada sebuah keluarga 3 tahun hidup begini? Hanya rahmat Allah yang saya harapkan. Betul-betul malu saya rasa. Doakan saya nak cari rumah untuk mereka-ebitlew Pertubuhan Kasih Umat Malaysia cimb 8603546376

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Pendakwah bebas itu segera ke lokasi keluarga berkenaan untuk meninjau keadaan sebenar. Setiba sahaja di sana, Ustaz Ebit Lew menangis teresak-esak dan bersimpati terkenangkan nasib keluarga ini. Tambahan pula, keempat-empat orang anak ini tidak bersekolah dan kad pengenalan diri juga tidak berdaftar.

Namun bagaimanapun, Ustaz Ebit Lew bernekad mencarikan sebuah rumah untuk keluarga ini setelah mendengar luahan yang dikongsi si ibu. Anak-anak juga akan dihantar ke madrasah atau mana-mana asrama yang sesuai.

Jangan persoalkan tanggungjawab siapa

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah..dengan bantuan semua share dan mention ustaz kesayangan kita malam tadi.. hari ini ustaz dah kesana bantu kakak ni.. Disini ingin saya jelaskan..tujuan saya viralkan kesusahan kakak ni malam tadi untuk minta bantuan ustaz @ebitlew dapatkan rumah lebih selesa untuk mereka sekeluarga..itu sahaja tiada niat untuk membuka platform masyarakat menyalahkan mana2 pihak.. Jadi saya mohon kepada semua yg dh share atau komen.. jangan persoalkan tanggungjawab sesiapa.. mana orang itu orang ini kenapa dia tak bantu ? Kenapa biarkan mcm ni ? Statement macam ni secara tak langsung boleh mengundang negative vibes dan risau akhirnya ustaz kesayangan kita yg terkena tempias.. Cukuplah share dan komen yg baik2 sahaja , doa yg baik2 sahaja.. Terima kasih Allah , terima kasih ustaz dan terima kasih semua..alhamdulillah rezeki kakak ni..❤️ Allah sayang kita. Kami sayang ustaz .

A post shared by Yatt (@nurhayatitahirr) on

Tambahan, dia menyifatkan tindakannya memaklumkan tentang keadaan keluarga tersebut adalah untuk membantu meringankan beban. Malah, dia juga memohon agar masyarakat tidak melihat perkara ini dari sudut negatif. Dia juga berterima kasih kepada Ustaz Ebit Lew kerana segera mengambil inisiatif bantu keluarga berkenaan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: NurhayatitahirEbitlew

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "‘Kawasan Mana Tu? Bagi Alamat..’ – Terima DM Keluarga Susah, Ebit Lew Segera Hulur Bantuan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*