“Saya keliru tak faham, arw4h cuba sampaikan sesuatu..” – Minta Buat Video Call, Anak Ismail Kamus Masih Fikir Apa Ungkapan Yang Tak Sempat Diluah Bapa

Pemergian pendakwah terkenal, Allahyarham Datuk Ismail Kamus pada Jumaat disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada dunia dakwah di negara ini.

Suasana sayu mengiringi majlis pengebumian tokoh agamawan yang menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira 12.30 tengah malam, pada awal pagi 15 Ramadan.

Jauh di sudut hati, berita sedih tersebut turut memberi kesan pada salah seorang anak allahyarham.

Berkongsi luahan isi hati, anak kedua allahyarham iaitu Mohd Firdaus Ismail, 43, mengakui amat sedih dengan pemergian bapa tercinta, namun reda dengan ketentuan Ilahi.

Kenangan… Firdaus (kanan) dan Ismail pada sambutan ulang tahun.

Mengimbas kembali hari-hari terakhir bersama arw4h bapanya sebelum meningg4l dunia, Mohd Firdaus berkata, dia dimasukkan ke Hospital Gleneagles di Kuala Lumpur kerana demam pan4s.

“Saya dimasukkan ke hospital pada 22 April lalu dan terlantar di wad selama enam hari. Masa tu arw4h masih dalam keadaan baik.

“Saya masih ingat betapa terujanya arwah mahu buat video call dengan saya, atas bantuan anak saudara. Arw4h buat video dari rumah manakala saya di wad.

“Memang saya tak boleh lupa, wajah arwah cukup ceria dan gembira tengok saya, bertanya khabar saya. Satu perasaan yang tak boleh digambarkan,” kata anak kedua daripada empat beradik itu.

Lebih dikenali sebagai Ustaz Firdaus, perbualan video tersebut yang dilakukan pada hari kedua dia berada di hospital bagaimanapun hanya dapat dilakukan sekejap sahaja kerana dia perlu menjalani rawatan.

“Sempat juga video call selama tujuh minit. Ingat nak buat video call lagi selepas tu, tapi sudah ditakdirkan, dua hari selepas itu arw4h pula dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana masalah kesihatan.

“Masa tu saya masih di wad di Hospital Gleneagles dan arw4h pula dimasukkan ke ICU di HKL. Video call tak dapat buat, tapi sempat juga buat panggilan telefon dengan arw4h,” ujarnya yang menetap di Keramat, Kuala Lumpur.

Firdaus (kanan) semasa muda bersama Ismail (tengah), ahli keluarga dan seorang kenalan.

Ustaz Firdaus yang merupakan bapa kepada empat anak itu bagaimanapun terkilan kerana tidak dapat memahami secara jelas apa yang diperkatakan oleh bapanya.

“Walaupun masih boleh bercakap, tapi tutur katanya tidak dapat difahami kerana arw4h dalam keadaan sakit. Saya hanya mampu mendengar suaranya, tapi apa yang dikatakannya tidak jelas.

“Jujurnya, saya agak ralat kerana saya tak faham apa yang arw4h cuba nak sampaikan. Hanya dengar suara arw4h cuba mahu sampaikan sesuatu kepada saya,” katanya yang menyifatkan bapanya seorang yang penyayang.

Memang saya tak boleh lupa, wajah arw4h cukup ceria dan gembira tengok saya, bertanya khabar saya. Satu perasaan yang tak boleh digambarkan.

MOHD FIRDAUS ISMAIL

Mengenai pemergian allahyarham ketika umat Islam menjalani ibadah puasa pada hari ke-15 Ramadan, Ustaz Firdaus berkata, ia merupakan satu suratan yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT.

“Tambahan pula arw4h meningg4l dunia pada hari Jumaat yang mana menjadi kelebihan apabila meningg4l dunia pada hari Jumaat.

Ismail (kiri) dan Firdaus (kanan) bersama seorang kenalan.

“Mungkin kerana saya terlalu sedih mengenai keadaan arw4h yang semakin ten4t, seorang hamba Allah mengingatkan saya tentang kelebihan itu.

“Walaupun sedih, saya amat bersyukur kerana segala urusan arw4h dipermudahkan sehingga ke proses pengebumian, selain mendapat sokongan dan doa yang begitu banyak. Alhamdulillah,” katanya.

Allahyarham yang merupakan Pengasas Persatuan Perubatan Islam DarusSalam Malaysia itu meningg4l dunia di kediamannya di Ampang, pada Jumaat.

Meninggal pada usia 72 tahun, arw4h sebelum ini dirawat di HKL akibat serangan jantvng dan str0k ringan, serta jangkitan kum4n di p4ru-p4ru.

Allahyarham yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia selama sepenggal dari 1999 hingga 2004, pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: mstar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Saya keliru tak faham, arw4h cuba sampaikan sesuatu..” – Minta Buat Video Call, Anak Ismail Kamus Masih Fikir Apa Ungkapan Yang Tak Sempat Diluah Bapa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*