7 Perkara Tentang Penyakit Kawasaki Yang Ibu Ayah Kena Ambil Tahu

Beberapa hari lalu, beberapa akhbar tempatan dan antarabangsa telah melaporkan bahawa pakar perubatan di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah memberi amar4n pandemik COVID-19 mungkin menyebabkan peningkatan kes penyakit Kawasaki, iaitu satu penyakit yang jarang berlaku di kalangan kanak-kanak.

Menurut Astro Awani, Setiausaha Kesihatan United Kingdom (UK), Matt Hancock memaklumkan bahawa beberapa kanak-kanak di negara itu telah meningg4l dunia akibat penyakit Kawasaki, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan COVID-19.

Selain AS dan UK, Itali juga menunjukkan peningkatan kes penyakit Kawasaki di kalangan kanak-kanak, terutamanya di bahagian yang paling teruk terjejas dengan COVID-19.

Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan Britain mengeluarkan amaran pertama pada bulan April mengenai peningkatan kecil bilangan kanak-kanak dijangkiti COVID-19 yang ‘mempunyai ciri bertindih dengan sindrom kejutan toksik dan penyakit Kawasaki tidak tipikal’.

Tahukah ibu ayah tentang penyakit Kawasaki ini?

Jom baca lebih lanjut tentangnya di bawah.

7 PERKARA TENTANG PENYAKIT KAWASAKI YANG IBU AYAH KENA ‘ALERT’

1. APAKAH PENYAKIT KAWASAKI?

Menurut Datuk Dr Zulkifli Ismail menerusi Positive Parenting, penyakit Kawasaki pertama kali telah dilaporkan pada 1967 oleh pakar pediatrik Jepun, Dr Tomisaku Kawasaki, dan kes-kes pertama di luar Jepun dilaporkan di Hawaii pada 1976.

Secara umumnya, penyakit ini menyebabkan keradangan pada dinding salur darah, terutamanya arteri koronari yang membekalkan dar4h ke ot0t jantvng.

Lebih kurang 75% pesakit penyakit Kawasaki terdiri daripada kanak-kanak berumur bawah 5 tahun, kebanyakannya lelaki, dan ia penyebab paling biasa untuk penyakit jantvng perolehan (acquired) dalam kanak-kanak.

2. ADAKAH IA MERBAH4YA?

Menurut Dr Latif Saad menerusi artikel beliau di laman web The Diagnosa, penyakit ini akan menyebabkan keradangan di seluruh saluran dar4h dalam badan yang akan mewujudkan simptom-simptom penyakit kawasaki seperti ruam atas badan, mulut yang kemerah-merah4n dan juga dem4m yang tingg1.

Kesan daripada keradangan ini, ia juga akan membunuh sel ot0t di bahagian salur dar4h menyebabkan dinding salur dar4h tersebut menjadi lemah.

Perkara ini akan menyebabkan dinding salur dar4h yang terlibat membesar seolah-olah seperti belon. Keadaan ini dipanggil sebagai aneurysm.

Darah yang terkumpul dalam Aneurysm pula akan membeku disebabkan struktur salur dar4h tersebut yang tidak normal hingga menyebabkan salur dar4h tersebut tersumb4t.

Jika salur dar4h yang tersumb4t itu berlaku dibahagian jantvng, ia akan menyebabkan ser4ngan sakit jantvng pada pesakit.

Oleh kerana itu, kanak-kanak yang menghadapi penyakit ini mempunyai ris1k0 untuk terkena ser4ngan sakit jantvng yang lebih tinggi berbanding orang lain.

3. PUNCA

Penyebab utamanya masih tidak diketahui tetapi ia tidak berjangkit secara langsung.

Namun secara umumnya penyakit Kawasaki ini boleh berpunca daripada 2 faktor berikut:

  • Jangkitan kuman: Secara amnya, dikatakan jika seseorang itu mengalami jangkit4n kum4n, dia mungkin boleh menyebabkan Penyakit Kawasaki berlaku. Akan tetapi tiada satu kum4n spesifik yang dikatakan menjadi penyebab kepada masalah ini.
  • Genetik: Adik-beradik yang pernah mengalami penyakit Kawasaki akan mempunyai ris1ko 10-20 kali ganda berbanding orang lain

Foto Kredit: Wikimedia

4. GEJALA / TANDA PENYAKIT KAWASAKI

Antara gej4la atau tanda penyakit Kawasaki ini termasuklah:

  • demam berpanjangan (antara 38.3-39.4°C yang melebihi 4 hari dan tidak sembuh dengan ubatan demam biasa)
  • nodus limfa (kelenj4r) yang membesar
  • kemerahan di mulut, tangan dan kaki, serta kadangkala dengan ruam
  • ‘Strawberry tongue’, iaitu lid4h yang kemerahan dan bertekstur seperti kulit strawberi
  • kemerahan pada tempat suntikan BCG
  • konjunktivis, mata mer4h dan tidak berair
  • kulit terkupas pada hujung jari dan kaki selepas 2 minggu

Menurut Dr Zulkifli lagi, simptom penyakit Kawasaki ini muncul dalam 3 peringkat.

Ia boleh menyebabkan masalah kepada jantung antara 10-14 hari selepas bermulanya simptom pertama.

Sesetengah pesakit mungkin mengalami radang atau sakit sendi antara masa demam berakhir sehingga hari ke-25 penyakit tersebut.

Foto Kredit: My Positive Parenting

5. RAWATAN

Sebilangan besar kanak-kanak yang dijangkiti penyakit Kawasaki sembuh dengan sendirinya setelah 4 hingga 8 minggu.

Jika dirawat awal, kebanyakan kanak-kanak pulih dalam beberapa hari.

Menurut portal MyHealth, rawatan untuk penyakit Kawasaki adalah imunoglobulin intravena (diberikan melalui titisan ke pembuluh dar4h).

Penyakit Kawasaki juga diubati dengan aspirin berdos tinggi untuk mengurangkan keradangan. Dos aspirin akan dikurangkan setelah dem4m atau radang semakin reda untuk mencegah pembentukan beku4n dar4h.

6. KOMPLIKASI

Walaupun kebanyakan kanak-kanak pulih sepenuhnya, terdapat kes-kes terpencil di mana komplikasi berlaku akibat keradangan salur dar4h menyebabkan dinding arteri semakin lemah lalu menyebabkan aneurisme.

Bahagian lain pada jantung yang mungkin turut terkesan ialah membran yang menyelaputi jantvung, injap dan ot0t jantvng.

Bayi menghadapi ris1ko komplikasi serius yang lebih tinggi. Rawatan awal akan mengurangkan ris1ko kesan jangka panjang.

7. RIS1KO JANGKA MASA PANJANG

Dari segi kesan jangka masa panjang, mereka yang tidak mempunyai aneurysm koronari dikatakan mempunyai prospek yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang mengalami aneurysm kerana risiko pembeku4n dar4h terbentuk di arteri koronari yang melebar boleh berisiko menyebabkan serang4n jantvng.

Ada pakar juga berpendapat bahawa penyakit Kawasaki semasa zaman kanak-kanak dikaitkan dengan ris1ko penyakit jantvng yang meningkat apabila dewasa.

IBU AYAH PERLU PEKA, YA!

Buat masa ini, pakar perubatan kini sedang mengkaji sama ada sindr0m itu merupakan komplikasi yang berlaku akib4t COVID-19.

Walaupun perkaitan antara penyakit Kawasaki dan COVID-19 ia masih tidak dibuktikan, ibu ayah perlu peka dengan keadaan anak terutamanya ketika mereka dem4m supaya sebarang ris1ko dan komplikasi dapat dielakkan seawal mungkin.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Sirap Limau

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "7 Perkara Tentang Penyakit Kawasaki Yang Ibu Ayah Kena Ambil Tahu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*