“Apa yang dia nak gembira?” – Doktor Ger4m..Boleh Pula Puak Antivaksin Kongsi Kegembiraan Selepas Letak Pesakit Di Ambang M4ut

Nasihat berkaitan ubat-ubatan dan penyak1t sewajarnya dirujuk kepada mereka yang lebih arif.

Tersilap merujuk kepada orang yang bukan ‘ahli’, buruk padahnya.

Silap-silap boleh membawa m4ut!

Tambahan pula wujud golongan yang berlagak bijak pandai yang konon-kononnya arif tentang perubatan walhal perkara sebaliknya yang berlaku, sebagaimana perkongsian seorang doktor di Facebook, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Dr Sakinah Sulong meluahkan rasa geram dengan sikap segelintir golongan antivaksin yang menyebarkan maklumat terpes0ng untuk mempengaruhi masyarakat.

Lebih memburukkan keadaan apabila wujud pula segelintir masyarakat yang lebih cenderung untuk mendengar nasihat daripada golongan yang tidak bertauliah ini.

Sebahagian posting Dr Sakinah di Facebook.

“Pagi tadi saya terbaca posting seorang antivaksin tegar ni. Dia dengan gembira share tentang cerita seorang ibu yang ada masalah kencing manis, selepas menggunakan rejim vitamin C, turun paras gula daripada 24 hingga 1.

“Dia pun tumpang gembira! Ya, gembira. Apa yang dia nak gembira? Sebab pesakit mengalami severe hypoglycemia (paras glukos yang rendah dalam dar4h)? Itu boleh bawa m4ut!

“Inilah bahayanya bila antivaksin aka pentaksub vitamin C berbicara bebas di media sosial,” tulisnya pada perkongsian tersebut.

Tangkap layar sebahagian komen ‘doktor tidak bertauliah’ dan juga perkongsian pengalaman netizen.

Menjelaskan lebih lanjut, Dr Sakinah berkata komplikasi severe hypoglycemia akan menyebabkan sel ot4k tidak dapat bertahan, sehingga mengakibatkan pesakit akan mengalami koma bahkan boleh meningg4l dunia.

“Contohnya bila gula dah turun 1, pesakit akan mengalami severe hypoglycemia. Sel ot4k takkan dapat bertahan. Pesakit boleh koma dan m4t1!

“Terpaksa dikejarkan ke hospital dan mendapat rawatan kecemasan untuk menyelamatkan ny4wanya. Tak pelik kalau sistem kesihatan Malaysia makin terbeb4n dan ses4k dengan pesakit,” ujarnya.


Severe hypoglycemia akan menyebabkan seseorang pesakit k0ma, bahkan boleh membawa m4ut.

Doktor ini turut meluahkan rasa kesal apabila orang ramai menganggap isu penyebaran maklumat salah yang semakin meluas di media sosial hanyalah isu kecil.

“Tapi kami petugas kesihatan tak rasa begitu. Maklumat sebegini boleh mengakibatkan kemudaratan dan kem4tian.

“Betapa ramai doktor yang pernah jumpa kes di mana individu-individu yang meninggalkan rawatan yang diberi semata-mata terpengaruh dengan cakap-cakap orang yang tak bertauliah.

“Cuba tanya petugas kesihatan di wad mahupun ICU, berapa ramai yang menanggung komplikasi akib4t mendengar nasihat penjual produk?” tulisnya lagi.


Sebahagian komen netizen yang menyokong pendapat Dr Sakinah.

Tidak mahu lebih ramai masyarakat terpedaya dengan dakyah golongan antivaksin mahupun penjual produk yang tiada tauliah, doktor ini menasihati orang ramai agar menjadi ‘lebih bijak’ dalam menghadam sesuatu maklumat khususnya dalam isu perubatan dan kesihatan.

“…bila pesakit mendapat komplikasi, adakah penjual ini akan bertanggungjawab? Kirim salam! Kalau mereka disalahk4n mereka akan berkata, ‘Benda ni dah takdir, apa nak buat’

“Hatta ada kehilangan nyawa, mereka tak rasa bersalah. Alasan mereka, pesakit membuat keputusan sendiri. Tapi, siapa yang mempengaruhi mereka? Siapa yang tunjukkan jalan ses4t ni kepada mereka?

“Saya minta rakyat Malaysia yang lain, tolonglah jadi cerdik. Anda seharusnya lebih bijak daripada antivaksin ini. Bukan susah pun,” akhirinya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: mstar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Apa yang dia nak gembira?” – Doktor Ger4m..Boleh Pula Puak Antivaksin Kongsi Kegembiraan Selepas Letak Pesakit Di Ambang M4ut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*