“Bapa Saya Menteri, Tapi Saya Rakyat Biasa Tak Boleh Ingk4r Arahan”

Sejak penularan wabak COVID-19 di negara kita, setiap hari ramai yang menantikan kelibat Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob untuk memberikan maklumat terkini mengenai keadaan negara.

Boleh dikatakan Menteri Pertahanan itu menjadi perhatian ramai, malah baju batik yang digayakan setiap minggu turut menjadi bualan netizen. Melihatkan populariti diraih bapanya, pelakon dan penyanyi Dafi akui bangga serta tumpang gembira.

“Sebagai anak, saya hanya mampu bangga dan gembira dengan apa yang dilakukan bapa sekarang kerana memang tahu itu adalah minat utamanya.

“Walaupun di rumah, kami jarang berbicara soal kerjaya masing-masing, tapi saya tahu bapa puas hati dengan tanggungjawab kerja yang digalasnya sekarang,” katanya kepada Harian Metro. 

Dafi berkata, dia melihat bapanya sangat gembira dengan tugas sebagai Menteri Pertahan. Menurut Dafi, meskipun bapanya hari-hari terbabit dengan sidang media, namun beliau sangat bersemangat dan tidak nampak penat.

Diminta mengulas apabila dikatakan memiliki ‘hak istimewa’ kerana statusnya sebagai anak kepada Menteri, Dafi menafikan perkara itu. Dafi berkata sudah lebih sebulan terkvrung duduk di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Siapa yang anggap saya ada hak istimewa kerana status sebagai anak menteri, itu dakw4an palsu. Saya sama sahaja macam kalian semua, duduk di rumah dan tak keluar ke mana-mana pun.

“Bapa saya memang menteri tetapi, saya adalah rakyat biasa yang tidak boleh ingk4r dengan arahan kerajaan. Lagi pun, pandemik Covid-19 ini sangat bahaya dan keselamatan diri lebih utama,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Bapa Saya Menteri, Tapi Saya Rakyat Biasa Tak Boleh Ingk4r Arahan”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*