Eizlan Yusof Gembira Isteri Sudah Tahu Mengerjakan Solat Dengan Baik

Hampir lima bulan mendirikan rumah tangga, Datuk Seri Eizlan Yusof meluahkan rasa gembira isterinya, Datin Seri Natasha Rosa semakin mendalami agama Islam. Malah, Eizlan berkata isterinya sudah tahu mengerjakan solat dengan baik.

Menurut Eizlan, isterinya sangat rajin untuk mengambil tahu tentang agama dan selepas ini akan memasuki kelas agama untuk mendalami lebih mendalam lagi. Eizlan berkata tahun ini sangat bermakna kerana tidak lagi menyambut Ramadan sendirian.

“Selain itu, dia juga dah pandai menghafal beberapa doa dan zikir-zikir mudah. Seperkara lagi, dia rajin ambil tahu dan nak tahu mengenai islam dan saya pula kongsi ilmu setakat yang tahu.

“Insya-Allah selepas ini dia akan masuk kelas agama untuk mendalami ilmu lebih mendalam lagi.

“Tentunya saya gembira dapat menjalani puasa bersama isteri serta bakal meraikan Aidilfitri dengannya buat kali pertama. Tahun ini amat bermakna kerana selama beberapa tahun saya beraya seorang diri, tapi sekarang dapat raya berdua,” katanya.

Eizlan berkata meskipun isterinya itu memeluk Islam pada Ogos tahun lalu namun dia pernah berpuasa sebelum ini dan tiada masalah untuk menunaikan ibadah tersebut.

Terdahulu, Eizlan pernah berkahwin dengan Vie Shantie Khan pada 2007 dan mereka dikurniakan tiga anak sebelum bercera1 pada Februari 2015.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: RK

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Eizlan Yusof Gembira Isteri Sudah Tahu Mengerjakan Solat Dengan Baik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*