Selamat Hari Ibu. Tunku Azizah Terima Bunga Dari Putera Puteri Tercinta

Umum sedia tahu bahawa 10 Mei setiap tahun kita akan menyambut hari ibu. Pastinya hari tersebut merupakan hari yang sangat bermakna buat golongan ibu.

Anak-anak yang menjadi bukti kepada pengorbanan mereka sudah tentu mahu mengucapkan selamat hari ibu buat wanita yang sungguh bermakna dalam kehidupan mereka.

Terima jambangan bunga dari anakanda tersayang

Hal ini sama juga dirasai oleh baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang menjadi inspirasi buat ibu-ibu masa kini dalam membesarkan anak-anak.

Menerusi Instagram baginda, anakanda-anakandanya telah memberikan kejutan dengan memberi baginda jambangan bunga beserta ucapan penuh kasih sayang.


Dalam muat naik tersebut, Tunku Azizah mengucapkan terima kasih kepada kesemua buah hatinya yang sentiasa memahami dan menjadi kekuatan kepada setiap jatuh bangunnya selama ini.

Ucapan kasih-sayang dari anakanda

Jambangan bunga yang diterima turut menunjukkan nama-nama panggilan anakandanya dalam keluarga yang terlihat begitu akrab sesama ahli keluarga.

Selamat Hari Ibu Tunku Azizah!

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet turut mengucapkan Selamat Hari Ibu buat baginda KDYMM Permaisuri Agong yang sememangnya sangat disayangi rakyat Malaysia.

Mereka turut mendoakan agar baginda dan seluruh keluarga Diraja terus dilimpahi kesejahteraan dunia dan akhirat.

Rakyat sentiasa mendoakan kesejahteraan Tuanku

Kami sayang Tuanku Permaisuri


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : SPB Raja Permaisuri Agong

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Selamat Hari Ibu. Tunku Azizah Terima Bunga Dari Putera Puteri Tercinta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*